Kesejahteraan Pesakit Terlantar : Apa Keluarga Boleh Bantu ?

Pesakit yang terlantar sering menghadapi cabaran bukan hanya dari segi fizikal, tetapi juga emosi. Rasa kesepian, keputusasaan, dan kebimbangan adalah antara perasaan yang sering dialami. Oleh itu, sokongan emosi daripada keluarga amat penting dalam memastikan kesejahteraan mental mereka.

Berikut adalah beberapa cara keluarga boleh membantu:

👉 Sokongan Emosi
Luangkan masa bersama, dengar perasaan mereka, dan berbual untuk mengurangkan rasa kesepian.

👉 Keterlibatan Sosial
Aturkan panggilan video dengan rakan atau saudara-mara untuk menjaga hubungan sosial.

👉 Penghargaan dan Pengiktirafan
Beri pujian untuk usaha kecil mereka, meningkatkan harga diri.

👉 Keaktifan Mental
Galakkan aktiviti seperti permainan, membaca, atau mendengar muzik untuk mengurangkan stres.

👉 Peka terhadap Tanda Stres
Kenal pasti perubahan emosi dan dapatkan bantuan profesional jika perlu.

👉 Persekitaran Positif
Wujudkan ruang yang selesa dan tenang di rumah untuk meningkatkan mood pesakit.

Dengan sokongan keluarga yang padu, pesakit terlantar dapat merasa dihargai dan menikmati kehidupan yang lebih baik.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Ikuti kami:
    Hubungi
    ©2023 rawatanrumah.com - All rights reserved