Kelebihan Penjagaan Kesihatan Dari Rumah

Penjagaan kesihatan dari rumah mungkin sesuatu yang baharu untuk anda. Namun apabila orang yang disayangi mempunyai penyakit kronik, atau hilang upaya, atau telah keluar dari hospital selepas pembedahan, penyakit serius, kemalangan, atau apa-apa perkara lain, ia amat memerlukan penjagaan dan perhatian tambahan.

Faedah terbesar rawatan di rumah ialah pesakit boleh berada di rumah mereka sendiri dan dalam persekitaran yang selesa.

Antara kelebihan lain juga, termasuklah:

▪️ Kebebasan Yang Lebih Besar
Ibu bapa anda, atau orang yang sudah berusia akan jarang mengaku mereka sedang sakit kerana risau rutin harian mereka akan terganggu. Salah satu kelebihan utama penjagaan di rumah adalah mereka dapat meneruskan aktiviti-aktiviti biasa seperti berjalan, mandi, menyarung pakaian dan menyediakan juadah sendiri. Cara ini membolehkan merasa lebih berdikari dalam menjalani proses pemulihan.

▪️ Keselamatan, Keselesaan & Kemudahan
Penyelidikan menunjukkan bahawa orang tua pulih lebih cepa dengan komplikasi yang lebih sedikit di rumah berbanding di hospital. Bantuan penjagaan kesihatan di rumah dapat memantau pengambilan ubat-ubatan dan mengelakkan kesilapan dos atau kekeliruan, lebih-lebih lagi buat mereka yang sudah berumur. Keadaan rumah juga dapat dijaga untuk mengurangkan risiko seperti jatuh. Mereka juga pasti lebih selesa untuk bergerak kerana ‘sudah biasa’ dengan persekitaran rumah sendiri.

▪️ Bantuan Buat Penjaga & Ahli Keluarga
Sudah tentu  ahli keluarga terdekat adalah yang paling terkesan sekiranya orang yang tersayang memerlukan perhatian penuh dan penjagaan yang rapi. Penjagaan kesihatan di rumah dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh penjaga dan ahli keluarga dengan bantuan seperti memandikan, menukar pakaian dan pelbagai rutin lain. Penjaga juga boleh mempelajari cara penjagaan yang betul oleh pakar. Sokongan seperti ini bukan sahaja melegakan, malah mengelakkan penjaga dan ahli keluarga daripada kepenatan yang melampau.

▪️ Tidak Payah Ke Hospital Jika Tak Perlu
Warga emas mungkin dapat mengelakkan lawatan ke hospital yang tidak perlu dengan menguruskan keadaan kesihatan mereka di rumah. Penjagaan kesihatan di rumah membantu dengan menyediakan pemantauan dan pendidikan berkala. Pesakit juga mempunyai akses 24/7 kepada profesional yang boleh mereka hubungi jika mereka mengalami gejala atau memerlukan nasihat segara.

▪️ Penjagaan Yang Lebih Khusus
Pesakit dapat diberikan perhatian penuh dan pelan penjagaan yang direka khas untuk menepati keperluan mereka. Ini menjadikan rawatan yang diterima lebih efektif dan mengukuhkan lagi kepercayaan sesama pesakit, penjaga dan pasukan yang memberikan penjagaan di rumah.

▪️ Lebih Berkualiti
Pentingnya penjagaan di rumah adalah disebabkan kualiti perkhidmatan tersebut. Ia adalah berdasarkan amalan dan standard penjagaan yang diiktiraf, memastikan pesakit menerima bantuan yang diperlukan tepat pada masanya dalam keadaan yang selesa di rumah.

▪️ Menjimatkan Wang
Penjagaan kesihatan di rumah juga boleh menjimatkan wang dengan menangguhkan atau menghalang keperluan untuk penjagaan rumah jagaan atau jenis penjagaan lain yang lebih intensif.

▪️ Pasukan Yang Profesional
Pasukan penjagaan kesihatan ini terdiri daripada jururawat, pakar terapi fizikal, pakar terapi percakapan, pekerja-pekerja sosial dan pemberi bantuan terlatih, ia  menjadikan mereka pasukan yang lengkap dengan pemantauan oleh pakar perubatan. Pesakit boleh berjumpa dengan pakar-pakar ini tanpa perlu pergi ke pejabat doktor, pusat rawatan atau hospital.

▪️ Kepelbagaian Perkhidmatan
Rawatan klinikal komprehensif adalah sebahagian daripada perkhidmatan yang ditawarkan di bawah program penjagaan kesihatan di rumah. Bermula dari penjagaan oleh jururawat terlatih dan terapi, sehinggalah ke rawatan luka dan pengurusan ubat-ubatan, pesakit boleh menerima pelbagai jenis rawatan, semuanya di rumah.

▪️ Peneman Tanpa Sekatan
Selain menerima lawatan daripada pasukan penjagaan kesihatan di rumah, lebih mudah untuk rakan dan saudara mara melawat orang tua tersayang di rumah mereka berbanding di hospital atau di fasiliti. Tanpa sekatan masa atau menetapkan waktu melawat, pesakit mendapat lebih banyak interaksi sosial. Ini mengatasi kesunyian dan menyatukan keluarga.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Ikuti kami:
    Hubungi
    ©2023 rawatanrumah.com - All rights reserved