Pemberian Ubat Melalui Tiub Nasogastik

Semasa memberi ubat kepada pesakit melalui tiub nasogastrik, terdapat beberapa perkara yang perlu dititikberatkan bagi memastikan keberkesanan ubat terjamin, mengelakkan kesan mudarat ubat dan mencegah interaksi antara ubat dengan cecair nutrisi. 

✅Penjaga perlu memastikan pesakit sentiasa dalam kedudukan tegak semasa pemberian ubat melalui tiub nasogastrik dilakukan.
✅Ubat-ubatan dalam bentuk cecair adalah lebih sesuai untuk diberikan melalui tiub nasogastrik.

Namun, faktor seperti jenis cecair, kepekatan ubat, kandungan sorbitol (sejenis pemanis yang sering digunakan dalam produk farmaseutikal) dan pH cecair merupakan isu yang perlu diambil perhatian.  

Sirap biasanya mempunyai kandungan gula yang tinggi dan pH yang kurang sesuai serta boleh menyebabkan tiub nasogastrik tersumbat. Ubat yang mengandungi sorbitol yang tinggi pula boleh menyebabkan kesan sampingan kepada pesakit seperti kembung perut. 

Namun begitu, banyak ubat adalah dalam bentuk cecair mengandungi sorbitol. Jika pesakit mengambil lebih daripada satu jenis ubat cecair, maka jumlah kandungan sorbitol yang diambil perlu diambil kira. Ia mungkin menyebabkan kesan sampingan atau ketidakselesaan kepada pesakit lantas menyebabkan kegagalan penggunaan tiub tersebut.  

Oleh itu, perbincangan dengan doktor yang merawat dan ahli farmasi yang bertugas boleh mengelakkan berlakunya kesan sampingan yang tidak diingini kepada pesakit dan pada masa yang sama memastikan keberkesanan ubat tidak terganggu. 

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Ikuti kami:
    Hubungi
    ©2023 rawatanrumah.com - All rights reserved