Kenali Jenis-jenis Tiub Kencing

Kateter urin merupakan sejenis tiub nipis dan fleksibel yang boleh membawa cecair atau urin keluar dari badan pesakit. Pemasangan kateter selalunya dilakukan oleh doktor atau jururawat yang bertanggungjawab terhadap pesakit. 

Kateter urin boleh didapati di dalam pelbagai bentuk dan saiz. Malah, ia juga diperbuat daripada pelbagai jenis material seperti getah, silikon atau teflon.

Siapakah yang perlu memakai kateter?

Selalunya, pesakit yang tidak boleh mengosongkan pundi kencing secara normal (tidak boleh ke tandas) perlu memakai kateter untuk memudahkan pengeluaran urin. 

Pesakit harus memakai kateter urin sehinggalah mereka mampu untuk membuang air dengan sendirinya. Selalunya, ini tidak akan memakan masa yang lama.

Walau bagaimanapun, pesakit yang mengalami kemalangan atau kecederaan kekal mungkin perlu menggunakan kateter untuk jangka masa yang lebih lama atau secara kekal.

1️⃣ Intermittent catheters: Kateter jenis ini akan dimasukkan ke dalam pundi kencing secara
Terdapat 2 jenis kateter:sementara dan dibuang setelah pundi kencing kosong.
2️⃣ Indwelling catheters: Kateter ini boleh dibiarkan di tempatnya selama berhari-hari. Ia disokong oleh sebuah belon kecil di dalam pundi kencing.

Ramai pesakit yang suka menggunakan indwelling catheter kerana lebih memudahkan mereka. Walau bagaimanapun, disebabkan ia dibiarkan di dalam pundi kencing dalam tempoh masa yang lama, kateter urin jenis ini boleh menyebabkan jangkitan.

Pemasangan kateter urin akan menyebabkan rasa sakit. Oleh sebab itu, doktor akan menggunakan anaesthesia untuk mengurangkan kesakitan.

Selain itu, pemakaian kateter juga boleh membuatkan pesakit rasa tidak selesa. Namun, lama-kelamaan, kebanyakan pesakit yang pernah memakai kateter akan terbiasa dengannya.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Ikuti kami:
    Hubungi
    ©2023 rawatanrumah.com - All rights reserved