Tanggungjawab Menjaga Pesakit Sangat Mencabar

Penjaga atau pengasuh keluarga sering memegang pelbagai peranan di rumah. Samada ianya sebagai pembantu ahli keluarga lain, jururawat, tukang urut, bendahari atau lain-lain lagi.

Dalam jangka masa panjang, ini amat memenatkan untuk mereka. Terutama sekali apabila penjaga sering meletakkan keperluan dan kepentingan orang yang tersayang sebagai keutamaan dan mengabaikan penjagaan diri sendiri.

Di samping itu, penjaga keluarga bukanlah profesional terlatih dan mungkin tidak dilengkapi dengan kemahiran dan pengetahuan untuk memberikan penjagaan terbaik kepada keluarga mereka.

Ini boleh menambahkan lagi tekanan kepada individu tersebut dan orang yang tersayang. Lambat laun, keletihan fizikal, emosi dan mental boleh menyebabkan keletihan berpanjangan atau ‘burnout.’

Selain menjejaskan kesihatan kita, ‘burnout’ juga mempengaruhi kualiti penjagaan yang diberikan kepada orang yang tersayang.

Menjaga orang yang tersayang bukanlah senang dan amat mencabar dari segi fizikal dan mental tetapi anda tidak bersendirian. Terdapat pelbagai perkhidmatan penjagaan yang anda boleh gunakan di Malaysia, antaranya adalah RAWATAN RUMAH.

RAWATAN RUMAH menyediakan servis RAWATAN ke RUMAH anda bagi membantu menyelesaikan masalah anda untuk menguruskan pesakit.

Anda kini boleh melayari RAWATAN RUMAH untuk MENEMPAH & mendapatkan servis rawatan hanya di rumah anda.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Ikuti kami:
    Hubungi
    ©2023 rawatanrumah.com - All rights reserved