Mana Lebih Baik : Balut @ Biarkan Luka ?

Seperti mana yang kita semua tahu, penggunaan antibiotik, iodin serta bahan-bahan alternatif mungkin boleh membantu merawat luka.

Tetapi selepas menyapu semua ubat-ubat itu, apa yang yang perlu dilakukan ? Manakah yang lebih baik sebagai cara rawat luka sama ada membalut atau biarkan sahaja ia terkena angin?

Sebenarnya, adalah lebih baik untuk anda membalut luka kerana ia memerlukan kelembapan yang baik untuk lebih mudah sembuh.

Jika dibiarkan terkena angin dan mengering, ia hanya akan memperlahankan proses penyembuhan luka serta menyebabkan kesakitan.

Oleh itu, adalah lebih baik untuk anda menyapu ubatan dan kemudian menutupnya dengan plaster.

Ini bukan sahaja akan membantu sel kulit baru untuk tumbuh malahan juga melindungi daripada mikroorganisme lain yang berbahaya.

Dalam erti kata yang lebih mudah, menutup luka mungkin lebih bagus berbanding biarkan sahaja!

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Ikuti kami:
    Hubungi
    ©2023 rawatanrumah.com - All rights reserved