Siapa Yang perlu Diberi Makan Dengan Tiub ?

Tiub makan adalah keperluan apabila anda tidak boleh mengambil makanan atau cecair dengan selamat melalui oral. Memandangkan ia mustahil untuk memberikan cecair dan nutrisi melalui IV, badan boleh menerima makanan yang dihantar terus ke usus berbanding melalui saluran darah.

Adalah lebih selamat dan lebih baik jika badan menerima makanan dan cecair mealui usus untuk pencernaan normal. Namun begitu, jika anda mengalami kesukaran untuk menelan, ia mungkin tidak selamat untuk anda.

Kesukaran menelan bermaksud pesakit tersebut mungkin tersedak makanan atau minuman atau ia melalui saluran yang tidak betul dan ia mungkin akan memasuki paru-paru dan bukannya ditelan.

Hal ini boleh menyebabkan penyakit yang serius seperti pneumonia iaitu keadaan dimana partikel makanan memasuki paru-paru.

Bagi sesetengah individu, mereka mungkin terlalu sakit untuk menelan atau menggunakan bantuan pernafasan dengan tiub dimasukkan di saluran udara yang menghalang pesakit tersebut untuk menelan.

Sesetengah individu ada yang sedar tetapi hilang kemampuan untuk menelan dengan baik. Namun begitu, ada juga pesakit yang menghidap penyakit yang menyebabkan mereka sukar menelan seperti kanser oral.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Ikuti kami:
    Hubungi
    ©2023 rawatanrumah.com - All rights reserved