Tiub Kateter Membantu Masalah Tidak Boleh Kencing

Secara umumnya, retensi air kencing membawa maksud bahawa seseorang itu tidak boleh kencing langsung. Dari segi perubatan, skop retensi air kencing adalah lebih luas dan merangkumi:

  • Tidak boleh kencing langsung (retensi air kencing akut)
  • Kesukaran untuk mengosongkan pundi kencing walaupun kebolehan untuk kencing masih terpelihara (retensi air kencing kronik)

Masalah retensi air kencing berlaku sekiranya saluran air kencing menjadi sempit atau sumbat, kerosakan otot-otot pundi kencing atau kerosakan terhadap saraf yang mengawal otot-otot pembukaan pundi kencing.

Saluran kencing sempit atau tersumbat :

  • Pembengkakan kelenjar prostat samada kanser atau bukan kanser,
  • Jangkitan kelenjar prostat,
  • Pundi kencing dan rahim yang kendur akibat kelemahan pada otot-otot penyokong lantai pelvik
  • Parut pada saluran kencing akibat kecederaan atau jangkitan, cth penyakit kelamin
  • Batu karang yang tersumbat di uretra

Kerosakan pada pundi kencing :

  • Kecederaan pundi kencing secara langsung

Kerosakan saraf yang mengawal fungsi pundi kencing :

  • Kerosakan saraf tunjang akibat kecederaan, jangkitan atau kanser.
  • Ubat-ubatan tertentu yang bolen mengganggu fungsi saraf dan otot seperti ubat untuk gatal (antihistamin), ubat untuk insomnia, kemurungan dan kebimbangan.

Bagi warga emas, penyebab utama retensi air kencing adalah pembengkakan kelenjar prostat bagi lelaki dan pundi kencing kendur (cystocoele) bagi wanita.

Matlamat awal rawatan untuk retensi air kencing adalah untuk mengeluarkan air kencing dengan cara memasukkan tiub kateter ke dalam pundi kencing melalui salur uretra (urinary catheterization). Jika ini tidak boleh dilakukan atas sebab-sebab tertentu, pundi kencing boleh ditebuk dengan kateter pada bahagian bawah abdomen(cystostomy).

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Ikuti kami:
    Hubungi
    ©2023 rawatanrumah.com - All rights reserved