Apa Yang Menyebabkan Warga Emas Murung ?

Kemurungan bukan sahaja boleh dihidapi oleh golongan remaja dan belia, bahkan kajian menunjukkan warga emas juga terdedah kepada risiko mengalami kemurungan. Ini seterusnya boleh mengakibatkan komplikasi kesihatan dan kehidupan yang lain.

Faktor kemurungan dalam kalangan warga emas disumbangkan oleh keadaan kesihatan yang merosot dan hilang upaya untuk berdikari. Selain itu, kemurungan itu juga boleh berlaku akibat kurangnya interaksi sosial bersama keluarga, jiran tetangga atau sahabat-handai.

Ianya bukan kesalahan seorang sahaja, maksudnya seseorang yang mendapat kemurungan bukanlah kerana kesalahan diri sendiri.

Ia berpunca daripada banyak faktor. Contohnya, warga emas yang ada banyak penyakit kronik, seperti penyakit jantung, strok, parkinson, dementia, arthritis, masalah buah pinggang dan kencing manis lebih risiko untuk dapat kemurungan.

Kalau seseorang itu tinggal sendirian dan keluarga tidak datang menjenguk dan telefon, ada masalah kewangan, kurang interaksi sosial sama ada dengan jiran-jiran atau sahabat juga boleh menyumbang kepada kemurungan.

Ada juga dikalangan warga emas yang jarang keluar rumah kerana mereka kurang keupayaan dari segi fizikal, sehingga terpaksa bergantung kepada orang lain untuk membantu mereka. Sekiranya ahli keluarga tidak tahu perkara ini, kemurungan boleh terjadi.

Untuk itu, semua lapisan masyarakat perlu didedahkan dengan maklumat dan pengetahuan tentang penuaan secara sihat dan apa yang boleh dilakukan oleh golongan bukan warga emas untuk membantu ke arah itu.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Ikuti kami:
    Hubungi
    ©2023 rawatanrumah.com - All rights reserved