Langkah Pencegahan Bagi Mengelakkan Warga Emas Dari Terjatuh

KEJATUHAN boleh menyebabkan beberapa siri kecederaan serius pada orang tua. Separuh daripada individu yang terjatuh akan mengalami kecederaan seperti terkehel sendi, terseliuh, koyak kulit, lebam, patah tulang, pendarahan di otak, hilang upaya, sakit dan tidak dapat berjalan.

Akibatnya, beberapa siri peristiwa akan berlaku seperti hilang keyakinan, takut melakukan aktiviti, lemah, atrofi otot, lebih terdedah kepada jatuh dan terbaring di atas katil. Warga tua mungkin kehilangan upaya untuk menjaga diri yang membawa kepada kemerosotan dalam kebebasan atau kualiti hidup. Mereka juga mungkin tidak boleh tinggal di rumah mereka sendiri.

Berikut ialah beberapa langkah yang perlu diambil untuk pencegahan terjatuh.

1️⃣  Memastikan persekitaran yang lebih selamat
👉Letakkan tikar yang tidak licin di dalam bilik mandi
👉Letakkan susur tangan pada kedua-dua belah tab mandi, bilik mandi, tandas dan tangga
👉Bersihkan tumpahan dengan segera untuk mengelakkan lantai licin
👉Pastikan semua bilik, koridor dan tangga diterangi cahaya dengan baik
👉Elakkan daripada lantai yang bersepah

2️⃣  Elakkan aktiviti yang berisiko tinggi untuk terjatuh
👉Gunakan susur tangan semasa menaiki dan menuruni tangga dan semasa menggunakan tandas
👉Elakkan memanjat bangku dan tangga atau berlari semasa menaiki dan menuruni tangga
👉Elakkan berjalan di atas lantai licin dengan stoking
👉Elakkan membawa barang berat

3️⃣ Amalkan penjagaan dan keselamatan diri
👉Pakai kasut yang sesuai dan selesa dengan tapak yang tidak licin
👉Gantikan tapak getah tongkat yang sudah haus
👉Kekalkan gaya berjalan yang stabil pada setiap masa
👉Perlahankan kelajuan semasa bangun dari katil

4️⃣ Amalkan gaya hidup sihat
👉Lakukan senaman yang kerap untuk memastikan tulang kuat dan meningkatkan kekuatan dan keseimbangan otot
👉Kurangkan pengambilan alkohol
👉Elakkan daripada merokok
👉Makan makanan yang tinggi kalsium dan vitamin D

5️⃣ Rujuk pembekal penjagaan kesihatan
Bercakap dengan doktor anda untuk mengetahui lebih lanjut tentang pencegahan terjatuh tulang dalam kalangan warga tua. Pasukan penjagaan kesihatan profesional yang prihatin dan terdiri daripada pelbagai disiplin sedia untuk berunding dan memberikan penjagaan yang terbaik.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Ikuti kami:
    Hubungi
    ©2023 rawatanrumah.com - All rights reserved