Penjagaan Pesakit Pada Tahap Akhir Demensia

Tahukah anda, sekiranya ibu atau bapa anda yang menghidap demensia tersebut telah mencapai tahap akhir penyakit mereka, mereka sepertinya memerlukan perhatian dan penjagaan 24 jam. Mereka mungkin tidak mampu berjalan, susah untuk makan, lebih agresif dan tidak stabil emosi, lebih mudah terkena jangkitan, dan tidak lagi mampu meluahkan apa yang mereka rasa.

Adakalanya, ibu bapa anda tidak mampu menahan kencing, mengalami halusinasi dan berada dalam keadaan separa sedar (delirium). Saat ini, kesabaran anda sangat teruji. Boleh jadi juga, sebagai seorang penjaga, perasaan anda mungkin akan bercampur baur.

Anda mungkin merasakan sedikit keringanan emosi, bahawa mereka telah tiba pada peringkat akhir ujian dan kesusahan mereka, ataupun perasaan bersalah kerana tidak dapat menunaikan tanggungjawab sebaiknya kepada mereka.

Sekiranya anda tidak mampu untuk meneruskan penjagaan, berbincanglah dengan ahli keluarga sekiranya perlu untuk mendapatkan khidmat jururawat jagaan di rumah ataupun masuk ke hospital untuk perawatan hospis dan paliatif. Di sini, pengamal perubatan dan kesihatan akan memberikan rawatan untuk meredakan kesakitan dan memberikan keselesaan.

Seperti mana pada tahap-tahap sebelumnya (ringan dan pertengahan), anda perlu memberikan masa kepada diri anda untuk menyesuaikan keadaan, absahkan perasaan sedih akibat kehilangan, dan perbanyakkan perasaan redha dalam diri untuk menerima takdir selepasnya.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Ikuti kami:
    Hubungi
    ©2023 rawatanrumah.com - All rights reserved