Kenali 4 Tahap Kudis Tekanan

Kudis tekanan boleh berlaku disebabkan baring yang terlalu lama dan tidak berubah kedudukan. Kebanyakan kudis tekanan berlaku pada pesakit-pesakit lumpuh atau pesakit yang mengalami koma dan tidak mampu bergerak untuk mengubah kedudukan.

Simptom bagi kudis tekanan ini terbahagi kepada empat tahap, dari tahap yang rendah ke tahap yang lebih bahaya:

1️⃣Tahap Pertama
Kawasan permukaan kulit berada dalam kemerah-merahan dan panas suam apabila disentuh. Keadaan di tahap ini hanya memberi kesan kepada kawasan paling atas permukaan kulit sahaja.

Jika berada pada tahap ini adalah hentikan punca yang menyebabkan ia berlaku seperti tekanan yang dikenakan pada permukaan kulit itu. Boleh ubah posisi kedudukan, gunakan bantal atau selimut yang sesuai. Jika berada di atas katil terlampau lama, boleh ubah kedudukan selepas dua jam, jika duduk di atas kerusi yang terlampau lama, boleh ubah posisi setiap 15 minit.

2️⃣ Tahap Ke-2
Luka yang berlaku lebih dalam dan memberi kesan di lapisan kulit yang dalam. Kulit akan luka lebih besar dan bernanah. Bengkak, panas, kemerahan dan rasa sakit juga akan berlaku di kawasan kulit yang terluka.

Langkah yang perlu dibuat adalah cuci luka itu dengan air yang bersih dan lakukan seperti di tahap satu. Nanah yang terbentuk hendaklah dijaga dengan rapi dan lindungi daripada terdedah kepada kekotoran untuk mengelakkan sebarang jangkitan kuman yang berlaku.

3️⃣ Tahap Ke-3
Kudis itu mula untuk memberi kesan ke lapisan kulit yang lebih dalam iaitu kawasan lapisan lemak. Kudis dan kulit luka ini akan menghasilkan bau yang lebih busuk dan menunjukkan tanda-tanda kulit sudah dijangkiti kuman seperti nanah, kemerahan, bau busuk, kepanasan dan kulit hitam.

Pada tahap ini, perlukan penjagaan yang lebih rapi. Perlu berjumpa dengan doktor untuk diberikan rawatan selanjutnya seperti mencuci luka dan membuang kulit-kulit yang mati dan mendapatkan rawatan antibiotik.

4️⃣ Tahap Ke-4
Kudis pada tahap ini berada dalam keadaan yang lebih serius, dan ia boleh memberi kesan pada otot dan tulang. Kudis ini akan menyebabkan luka yang lebih dalam dan lebih besar.

Luka ini perlu mendapatkan rawatan yang secepatnya untuk mengelakkan keadaan yang lebih buruk berlaku. Jika perlu, mungkin pembedahan akan dilakukan.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Ikuti kami:
    Hubungi
    ©2023 rawatanrumah.com - All rights reserved