Penjagaan Mencegah Kudis Tekanan (Bedsores)

Cabaran menjaga pesakit terlantar ialah untuk mencegah bedsores kerana mereka sangat berisiko untuk mengalaminya disebabkan keadaan mereka yang tidak atau kurang bergerak.
Bedsores terjadi akibat tekanan berpanjangan ke atas badan terutamanya terhadap struktur bertulang menyebabkan struktur kulit ‘terkoyak’, lalu berisiko mengalami jangkitan.
Antara kawasan yang kerap mengalami bedsore adalah punggung dan tumit. Sebagai penjaga, anda boleh mencegah bedsores melalui langkah-langkah berikut:
1️⃣ Ubah Posisi Badan Setiap 2 Jam
Pesakit hendaklah diposisikan secara mengiring ke kanan atau ke kiri setiap 2 jam.
Letakkan bantal di antara buku lali dan lutut untuk mengelakkan daripada bergeser antara satu sama lain, dan juga di bawah betis untuk meninggikan tumit dari tilam.
Elakkan baring di atas bahagian yang sakit. Gunakan bantal untuk mengelakkan kudis tersebut daripada tekanan
2️⃣ Guna Alatan Yang Sesuai Contohnya Tilam Angin (Ripple Mattress)
Tilam angin membantu mengurangkan tekanan pada badan yang berisiko terkena kudis tekanan berbanding tilam yang keras. Tilam angin dapat mengurangkan kesakitan akibat tekanan badan.
3️⃣ Jaga Kebersihan Pesakit (Elak Kulit Menjadi Lembap)
Bagi yang memakai pampers, elakkan daripada membiarkan pesakit berada di dalam kebasahan kerana ia akan menyebabkan luka semakin parah.Pastikan kulit sentiasa dalam keadaan kering.
4️⃣ Jaga Kebersihan Tempat Pesakit
Tukar cadar dan baju pesakit untuk pastikan pesakit sentiasa bersih dan kering. Manakala untuk pesakit yang berkerusi roda, pesakit perlu menaikkan badan (push-up) setiap dua jam sekali untuk memastikan peredaran udara di bahagian punggung dan belakang badan berlaku secara normal.
5️⃣ Pastikan Pengambilan Pemakanan Yang Sihat Dan Berzat
Makanan yang berzat dapat memastikan pesakit dalam keadaan sihat. Makanan yang berzat juga dapat mempercepatkan proses penyembuhan luka.
Oleh itu, penjaga pesakit stroke haruslah peka dengan setiap keadaan pesakit. Pastikan pesakit dalam keadaan yang terbaik supaya proses pemulihan berlaku dengan cepat.






