Jenis-Jenis Strok Utama Yang Perlu Anda Tahu

Definisi paling asas untuk difahami bagi strok atau turut dikenali sebagai angin ahmar ialah ia terjadi akibat aliran darah ke otak terputus, atau berkurangan.

Kondisi ini menghalang nutrien masuk ke otak, dan menyebabkan sel-sel otak mati dengan sangat cepat. Ia turut boleh menyebabkan kematian dengan cepat sekiranya bantuan perubatan tidak diberikan.

Terdapat 2 jenis strok utama iaitu :

1️⃣ Iskemia

Strok iskemia berlaku apabila pembekuan darah atau penyumbatan akibat pengumpulan plak di arteri menghalang aliran darah ke otak. Selain itu, saluran darah yang menyempit di otak juga berisiko mengakibatkan penyumbatan lantas menyebabkan strok iskemik.

2️⃣ Hemoragik

Sama seperti namanya, berlaku akibat hemorrhage, atau pendarahan di otak. Pendarahan ini berlaku apabila saluran darah di otak pecah atau terjejas akibat tekanan darah tinggi, dinding pembuluh darah yang lemah, atau disebabkan oleh aneurisma atau arteri yang membesar atau membengkak.

Apabila strok hemoragik berlaku, pendarahan akan berlaku secara langsung di otak, menyebabkan tekanan turut meningkat. Tekanan ini dapat mematikan sel-sel otak dan menyebabkan kematian jika tidak dirawat dengan segera.

Kedua-dua jenis strok adalah sangat berbahaya dan memerlukan rawatan perubatan segera.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Ikuti kami:
    Hubungi
    ©2025 rawatanrumah.com - All rights reserved