Masalah Yang Sering Terjadi Apabila Menggunakan Tiub Pemakanan

Kebanyakan ibu bapa kita yang mengalami strok tidak dapat menguruskan diri sendiri, malah mereka tidak mampu untuk menelan.

Jadi mereka memerlukan bantuan tiub yang dimasukkan melalui hidung ke dalam perut untuk mendapatkan bekalan makanan.Makanan yang dicadangkan adalah susu khas yang penuh dengan nutrien.

Antara masalah yang sering timbul adalah :

1️⃣ Tiub Makanan Tersumbat

Ini sering terjadi disebabkan tiub tidak dibersihkan dengan betul. Cara membersihkan tiub ini adalah dengan mengalirkan 20-30 ml air kosong sebelum dan selepas pemberian susu atau ubat.

Hancurkan ubat sehingga lumat dan cairkan didalam air sebelum diberi melalui tiub. Ubat mestilah diberi berasingan dan tidak boleh dicampur dengan bancuhan susu formula.

2️⃣ Pesakit Muntah

Perkara ini terjadi disebabkan kerana isi padu susu yang diberikan kepada pesakit terlalu banyak. Ini dapat diatasi dengan membancuh susu mengikut sukatan beri sedikit demi sedikit mengikut toleransi pesakit.

3️⃣ Pesakit Mengalami Cirit-Birit

Ini berlaku disebabkan aliran susu yang terlalu laju, atau susu basi/ tercemar atau susu terlalu pekat. Ia dapat dikurangkan dengan mengalirkan susu dengan perlahan. Pengan picagari susu dengan kepala pesakit.

Pastikan susu yang diberi perlu dibancuh dengan air yang bersih dan berikan susu yang segar dan dibancuh setiap masa. Jangan simpan baki susu melebihi 4 jam. Untuk mengelakkan bancuhan yang berlebihan, bancuh susu mengikut sukatan dan keperluan.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Ikuti kami:
    Hubungi
    ©2023 rawatanrumah.com - All rights reserved