
Secara amnya, tiub-tiub yang dipasang pada pesakit perlu ditukar setiap 2 minggu (atau bergantung kepada arahan doktor), atau bila perlu (contohnya, terdapat jangkitan atau tiub terlalu kotor).
Antara tiub yang dipasang pada pesakit dan cara penjagaannya ialah :
1๏ธโฃ Tiub untuk makan (RT, Ryles Tube)
๐ Pastikan anda diberitahu tiub makan itu diโanchorโ pada berapa cm (contohnya tiub itu ditampal pada hidung pesakit pada paras 55cm). Periksa paras ini setiap hari dan pastikan anda sedut tiub terlebih dahulu sebelum memberi makanan atau minuman kepada pesakit. ๐ Dapatkan nasihat doktor sekiranya tiub terkeluar dari paras asal atau sedutan mempunyai darah fresh, berwarna โcoffee-groundโ atau sedutan sangat banyak (menandakan pesakit mengalami masalah ketidakhadaman makanan sebelumnya).
2๏ธโฃ Tiub kencing (CBD)
๐ Pastikan tiada kebocoran dan tidak boleh dikeluarkan dengan mudah. Lihat juga warna air kencing yang mengalir. Dapatkan nasihat doktor sekiranya warna air kencing keruh, berbau busuk, berwarna seperti teh โO atau darah fresh.
๐ Kuantiti air kencing pesakit juga penting terutamanya jika pesakit tidak sihat (contoh demam). Jumlah air kencing normal ialah kira-kira 0.5-1 ml bagi setiap kg berat pesakit untuk setiap jam. Contohnya pesakit dengan berat 50 kg, biasanya menghasilkan air kencing sebanyak 25-50 ml setiap jam.
3๏ธโฃ Uridorm
๐ Sarung yang dipakai pada pesakit lelaki yang tidak memerlukan CBD. Kontra penggunaan uridorm ialah ianya sangat mudah bocor dan tertanggal.
4๏ธโฃ Tiub Trachy
๐ Adalah penting mengetahui cara penjagaan tiub ini dengan teliti kerana tiub ini merupakan โnyawaโ pesakit. Tiub trachy yang tidak dijaga dengan baik sangat mudah tersumbat. Dan tiub trachy yang tersumbat boleh mengancam nyawa pesakit!
๐ Untuk itu, pastikan sedutan dibuat secara berkala oleh penjaga yang telah diajar. Untuk pesakit yang tidak batuk atau kahak sedikit, sedutan boleh dilakukan setiap 4-6 jam. Pesakit yang mempunyai kahak yang banyak pula, seeloknya disedut tiub ini setiap 1-2 jam atau lebih kerap jika perlu.
๐ Cara menyedut tiub ini ialah menggunakan mesin suction khas. Masukkan tiub sedutan ke dalam tiub trachy sehingga anda merasakan halangan. Kemudian, tarik keluar sedikit dan barulah lakukan sedutan. Ini adalah untuk mengelakkan anda menyedut dinding bronkus (salur pernafasan) dan melukakannya. Sedutan dilakukan dengan menarik keluar tiub sedutan secara perlahan-lahan dalam arah pusingan.