Penjaga Pesakit : Apa Perlu Anda Tahu ?

Dalam mendepani dan menyantuni pesakit, peranan penjaga pesakit adalah sangat penting.

Boleh dikatakan penjaga pesakit adalah orang ketiga terpenting selepas doktor pakar, dan jururawat yang ditugaskan merawat pesakit. Penjaga pesakit akan berada disisi pesakit hampir setiap masa, siang dan malam.

Kebanyakan penjaga tidak formal ini adalah dalam kalangan keluarga terdekat seperti pasangan, adik-beradik ataupun anak yang menjaga atas faktor kasih sayang di samping atas dasar rasa bertanggungjawab.

Berikut merupakan beberapa perkara yang perlu anda ketahui sebagai penjaga pesakit:

โ–ช๏ธ Terima ujian dengan hati yang terbuka dan ikhlas
Selagi mana kita bernyawa, kita akan sentiasa diuji. Berhenti menyoalkan aturan Allah. Sesuatu perkara yang Allah aturkan itu adalah yang terbaik, cari hikmah disebalik ujian yang diberikan. Terima dengan hati yang terbuka dan ikhlas.

โ–ช๏ธ Sokongan spiritual dan moral
Pesakit akan merasakan mereka ini sebagai โ€œbebananโ€ kepada orang disekeliling. Adalah menjadi tanggungjawab penjaga pesakit untuk memberi sokongan moral kepada pesakit. Berikan mereka kata-kata yang positif. Kata-kata penguat semangat ini akan membantu membina kekuatan dalaman pesakit.

โ–ช๏ธ Kekuatan mental dan fizikal
Penting untuk penjaga pesakit untuk mempunyai ketahanan mental dan fizikal yang tinggi. Andai kata anda merasa letih, cari jalan dan ambil masa untuk dapatkan rehat secukupnya. Kalau penjaga pesakit jatuh sakit, ini akan membuatkan pesakit lebih tertekan kerana mereka seolah hilang tempat bergantung.

โ–ช๏ธ Sumber kewangan
Pastikan kita mempunyai sumber kewangan yang mencukupi. Dalam keadaan ini, cuba elakkan yang kita sedang menghadapi masalah kewangan di hadapan pesakit. Kalau pesakit tahu, ini akan buatkan pesakit menjadi lebih tertekan dan semangatnya untuk pulih akan terbantut.

โ–ช๏ธ Sokongan ahli keluarga
Ketika menghadapi situasi yang getir ini, sokongan dari ahli keluarga teramatlah penting. Komunikasi dan interaksi sesama ahli keluarga adalah perlu. Bincangkan strategi bagaimana untuk menjaga pesakit, bergilir-gilir menjaga pesakit, rebut peluang untuk menjaga dan berbakti kepada pesakit.

โ–ช๏ธ Pengurusan stress dan emosi
Sebagai penjaga pesakit, kita tak dapat lari daripada stress dan emosi tak stabil, jadi carilah cara untuk mengurusankan stress dan emosi.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Ikuti kami:
    Hubungi
    ยฉ2025 rawatanrumah.com - All rights reserved