Penjaga Perlu Memberi Sokongan Moral Kepada Pesakit

Dalam mendepani dan menyantuni pesakit, peranan penjaga pesakit adalah sangat penting.

Boleh dikatakan penjaga pesakit adalah orang ketiga terpenting selepas doktor pakar, dan jururawat yang ditugaskan merawat pesakit.

Penjaga pesakit akan berada disisi pesakit hampir setiap masa, siang dan malam. Perbezaan yang ketara antara pesakit dan penjaga pesakit adalah, pesakit akan dicucuk badan mereka dengan segala ubatan manakala penjaga pesakit tidak melalui prosedur perubatan tersebut.

Penjaga pesakit akan mengalami dan merasai sendiri first-hand experience apabila melihat prosedur perubatan yang dijalankan ke atas pesakit.

Oleh itu, sokongan spiritual dan moral kepada pesakit sangat penting. Pesakit akan merasakan mereka ini sebagai โ€œbebananโ€ kepada orang disekeliling.

Adalah menjadi tanggungjawab penjaga pesakit untuk memberi sokongan moral kepada pesakit. Berikan mereka kata-kata yang positif.

Kata-kata penguat semangat ini akan membantu membina kekuatan dalaman pesakit. Kekuatan dalaman ini akan menjadi semangat untuk pesakit melawan dan berjuang dengan kesakitan yang sedang dihidapi.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Ikuti kami:
    Hubungi
    ยฉ2023 rawatanrumah.com - All rights reserved