
Pemakanan melalui tiub, atau dalam istilah perubatan, lebih dikenali sebagai Enteral Nutrition. Ia adalah dalam bentuk cecair atau kebiasaannya merupakan formula atau rumusan susu.
Susu tersebut dirumus dengan zat makanan yang lengkap serta seimbang mengikut keperluan badan atau penyakit. Cara pemakanan melalui tiub adalah mencukupi dan selamat jika tatacara pemberian adalah betul.
Susu formula yang terdapat di pasaran boleh dibahagikan kepada beberapa kumpulan berdasarkan keperluan pesakit.
โช๏ธKeperluan bayi (0 hingga 12 bulan) dan kanak-kanak berumur 1 hingga 10 tahun
โช๏ธKeperluan dewasa dan warga emas
โช๏ธKeperluan khas dengan ubahsuai nutrien (zat makanan) mengikut keperluan penyakit tertentu
Keperluan pesakit ditentukan berdasarkan beberapa perkara, iaitu :
1๏ธโฃ Jantina
2๏ธโฃ Umur
3๏ธโฃ Berat Badan
4๏ธโฃ Penyakit
Kebiasaannya, keperluan tenaga bagi seorang kanak-kanak 1 hingga 10 tahun adalah antara 1,000 hingga 2,000 kcal sehari.
Keperluan tenaga bagi dewasa dan warga emas adalah antara 1,200 hingga 2,000 kcal sehari.
Satu hidangan lengkap seperti gambar di bawah dengan anggaran kandungan tenaga 500 kcal boleh diperoleh daripada 2 gelas susu formula.
Sekiranya pesakit memerlukan 1,500 kcal sehari (3 hidangan lengkap) susu formula perlu diberi sebanyak 6 gelas sehari. Aturan pemberian susu biasanya diberi setiap 3 atau 4 jam.
Pemberian rumusan cecair melalui tiub adalah mencukupi dari segi tenaga dan zat makanan sekiranya dirancang dan diatur dengan betul. Pastikan setiap saranan dirancang dan disemak oleh Pegawai Dietetik sebelum dimulakan kepada pesakit.