Besar Ganjaran Menyantuni Pesakit

Ada orang direzekikan dan diberi peluang menjaga ibu ayah atau ahli keluarga yang sedang sakit. Tidak kira sakit disebabkan penyakit kronik seperti diabetes, strok, kanser juga demensia atau sakit tua kesemuanya memerlukan penjagaan yang sangat rapi.

Anda kena ingat, betapa besarnya ganjaran diberikan sekiranya anda dapat menyantuni pesakit dengan sebaiknya. Bagi yang berkemampuan mungkin boleh mengambil jururawat atau penjaga untuk memberikan penjagaan sepenuhnya.

Bagi yang menjaga sendiri sama ada mereka bekerja atau tidak, anda masih bertanggungjawab menyantuni ibu ayah atau pesakit yang sedang sakit. Jangan dibiarkan mereka tanpa sentuhan dan belaian sepenuhnya.

Sebenarnya masih ramai tidak tahu apa yang harus mereka lakukan. Adakah hanya duduk di tepi sambil melihat sahaja wajah ibu/ayah atau pesakit yang sedang sakit?

Apabila ditanya, “nak makan? Dan si pesakit menggeleng kepala tanda tidak mahu, anda langsung tiada inisiatif mengambil makanan dan menyuap ke mulut pesakit. Adakah pesakit benar-benar tidak mahu makan atau kita yang tidak tahu bagaimana menjaga dan melayan mereka?

Sebenarnya menjaga orang sakit juga memerlukan seni dan pengetahuan. Seni bermaksud kita tahu bagaimana meminta pesakit untuk makan. Memang benar ketika sakit selera makan tiada tetapi sebenarnya mereka yang terlantar memerlukan makanan dan minuman untuk tenaga.

Jika tidak makan bagaimana mahu sihat. Bagaimana mahu makan ubat yang diberikan.Di sinilah pentingnya pengetahuan bagaimana meminta pesakit untuk makan.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Ikuti kami:
    Hubungi
    ©2023 rawatanrumah.com - All rights reserved