5 Cara Menjaga Pesakit Yang Sakit Terlantar

1️⃣ Cuci muka dan lap badan dengan tuala
▪️ Cuci muka dan lap badan pesakit dengan tuala agar dia berasa segar
▪️Sikat rambut tukarkan baju, tukarkan cadar dan sarung bantal agar pesakit dapat merasakan suasana baru

2️⃣ Berikan minuman atau makanan sejuk terlebih dulu
▪️Misalnya air sirap, agar-agar, puding atau manisan seperti bubur manis kemudian suapkan dulu ke mulut peskit
▪️Biar mereka berasa sejuk dan manis
▪️Deria rasa ini akan membuatkan mulut tidak lagi payau dan bersedia untuk menjamah makanan seterusnya seperti bubur nasi atau makanan berkuah seperti sup ayam.

3️⃣ Kena kreatif fikirkan bagaimana nak bagi pesakit berselera makan
▪️Suapkan mereka makan jangan benarkan mereka makan sendiri alamat tidak terjamahlah jawabnya
▪️Suap sedikit sedikit tetapi kerap
▪️Tanya pesakit apa makanan yang mereka teringin makan

4️⃣ Buat jangan tunggu
▪️Menjaga pesakit yang sedang sakit terlantar juga perlukan kesungguhan dan kerajinan. Jangan ambil mudah dan jangan malas
▪️ Jangan hanya menunggu mereka meminta makanan, jangan menunggu mereka meminta untuk mandi atau digantikan lampin pakai buang, jangan menunggu sebaliknya terus buat
▪️Urut badan, basahkan bibir mereka dengan air, mandikan mereka, suapkan mereka minuman dan makanan.

5️⃣ Jangan biarkan pesakit sendiri
▪️ Paling penting jangan biarkan pesakit sendir kecuali sekiranya mereka tidur
▪️Pastikan kehendak mereka kita penuhi
▪️ Jika tidak mahu berbual cukup dengan mengurut kaki dan tangan.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Ikuti kami:
    Hubungi
    ©2023 rawatanrumah.com - All rights reserved