Teknik Mengangkat Pesakit Terlantar Yang Dilakukan Oleh Seorang Penjaga

Mengangkat pesakit bukanlah mudah, kerana anda perlu gunakan teknik yang betul. Sekiranya hanya terdapat anda seorang sahaja pada waktu, apa yang anda perlu lakukan adalah :

▪️ Mula-mula letakkan kerusi roda ke sisi katil. Pasang brek kerusi roda, alihkan tempat letak kaki dan tanggalkan lengan kerusi roda.

▪️ Mulakan dengan bengkokkan siku kanan warga emas ke paras bahu kemudian letakkan tangan kiri keatas perutnya.

▪️ Silangkan kaki kiri ke kaki kanan. Penjaga berdiri dengan sebelah kaki melutut di atas katil di sisi warga emas. Ampu bahu kiri dan pinggul kiri warga emas. Pusingkan badan warga emas secara serentak ke kanan. Lakukan langkah yang sama untuk memusingkan badan ke kiri.

▪️ Turunkan kedua-dua kaki warga emas ke sisi katil. Ampu bahu kanan dan pinggul kirinya.Kemudian angkat warga emas ke posisi duduk.

▪️ Posisikan lutut warga emas dengan lutut penjaga. Ampu punggung warga emas dan gerakkan punggungnya ke kiri dan ke kanan sehingga kaki mencecah lantai.

▪️ Letakkan kedua-dua belah tangannya di atas bahu penjaga dan ampu pinggangnya. Bantu mereka untuk berdiri.

▪️ Kemudian pusingkan badan warga emas ke arah kerusi roda serentak dengan kaki penjaga. Pastikan lutut penjaga menyokong lutut warga emas untuk menstabilkannya. Bengkokkan badan dan dudukkannya di atas kerusi roda.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Ikuti kami:
    Hubungi
    ©2025 rawatanrumah.com - All rights reserved