
Mengangkat dan mengalih pesakit terlantar menjadi lebih mudah sekiranya terdapat dua orang penjaga.
Teknik yang anda boleh lakukan adalah :
👉 Kedua-dua penjaga berada di kiri dan kanan katil warga emas. Kemudian tangan setiap penjaga di letakkan di bahagian lengan atas dan belikat warga emas.
👉 Kedua-dua penjaga secara serentak mengankat warga emas ke posisi duduk.
👉 Langkah seterusnya, sebelah lengan penjaga mengenggam di antara satu sama lain di bawah lutut warga emas. Bahu penjaga di letakkan di bawah ketiak warga emas.
👉 Pegang seluar atau sarong warga emas secara serentak dan alihkan ke belakang atau ke hadapan.
👉 Seterusnya, seorang penjaga menyokong warga emas dari belakang dan menggengam kedua-dua tangannya.
👉 Penjaga kedua berada di hadapan warga emas dan mengampu betis dan lutut warga emas dari bawah.
👉 Secara serentak angkat warga emas ke kerusi roda.