Perkara Perlu Dilakukan & Dielakkan Ketika Mengangkat Pesakit Strok

Perkara yang perlu dititik beratkan semasa mengangkat dan mengalih pesakit strok adalah :

▪️Ruang yang luas untuk keselamatan dan memudahkan pergerakan penjaga, pesakit dan kerusi roda.
▪️Permukaan lantai yang rata dan tidak licin.
▪️Penjaga perlu memakai pakaian yang sesuai (longgar dan selesa untuk memudahkan pergerakan dan mengelakkan daripada jatuh).
▪️Pesakit perlu memakai seluar atau kain yang diikat kemas dengan tali pinggang atau tali yang sesuai.
▪️Jika memakai kasut, ia perlulah mempunyai tapak yang lebar dan rata bagi memastikan keselamatan pesakit dan penjaga.
▪️Apabila berdiri atau melutut pastikan kaki dibuka sedikit (broad based) bagi memberi kestabilan.
▪️Berdiri dengan jarak yang rapat dengan pesakit semasa mengangkat dan mengalih.
▪️Pastikan bahagian belakang /pinggang penjaga mestilah tegak/lurus dan perut dikempiskan semasa mengangkat dan mengalih.
▪️Lutut dibengkokkan sedikit setiap kali penjaga mengangkat pesakit.
▪️Gunakan kekuatan otot lengan dan kaki dan bukan otot belakang untuk mengangkat dan mengalihkan pesakit.

Perkara yang perlu dielakkan semasa mengangkat dan mengalih pesakit strok :

Elak mengangkat pesakit dengan :
👉 Membongkok pada pinggang
👉 Kaki lurus
👉 Memakai stoking tanpa kasut
👉 Pergerakan yang mengejut (jerky movements)
👉 Menarik bahu pesakit bagi mengelak kecederaan pada sendi bahu
👉 Memusing pinggang semasa mengangkat dan mengalih pesakit

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Ikuti kami:
    Hubungi
    ©2023 rawatanrumah.com - All rights reserved