
Menelan adalah aktiviti rumit yang melibatkan koordinasi beberapa otot supaya makanan dan cecair dapat turun dengan cara yang betul ke dalam perut pesakit strok.
Selepas terkena strok, otot-otot mungkin terjejas, menyebabkan pesakit menghadapi masalah untuk menelan. Menelan juga boleh menjadi berbahaya. Apabila pesakit makan atau minum sesuatu, ia boleh masuk ke saluran udara dan menyebabkan jangkitan pada dada, tercekik, radang paru-paru, kekurangan zat makanan, dehidrasi, atau penurunan berat badan.
Pesakit strok yang mengalami masalah menelan akan menunjukkan tanda-tanda seperti :
βͺοΈAir liur meleleh di bahagian muka yang lemah
βͺοΈKurang selera makan
βͺοΈMakanan berbaki di dalam mulut selepas menelan
βͺοΈSukar/ lambat untuk menelan
βͺοΈMenelan makanan beberapa kali untuk bolus yang kecil
βͺοΈTersedak/ terbatuk sebelum/ketika/ selepas menelan
βͺοΈKerap berdehem selepas menelan
βͺοΈKeletihan ketika/ selepas makan
βͺοΈMengambil masa yang lama mengunyah/menghabiskan makanan
βͺοΈSuara berubah kebasahan selepas makan atau minum
βͺοΈHilang berat badan secara mendadak
βͺοΈKerap mengalami jangkitan paru-paru
Pesakit strok yang mempunyai masalah menelan perlu menjalani penilaian yang akan dijalankan oleh Terapis Pertuturan-Bahasa.