Tatacara Penjagaan Pemakaian Tiub Urinari Kateter

Terdapat pesakit yang akan senantiasa memerlukan pengunaan tiub urinari kateter ini sepanjang masa dan ada yang hanya bersifat sementara. Ianya adalah bergantung kepada prognosis pesakit terhadap rawatan yang sedang diterima.

Namun demikian, seperti yang diketahui umum, kemasukan tiub ini adalah melalui saluran perkumuhan dan bahan buangan kotoran yang tidak diperlukan oleh badan, jadi akan terdapat tatacara penjagaan semasa pemakaian tiub ini bagi mengelakkan komplikasi kepada pesakit.

Antara tatacara penjagaan pemakaian tiub urinari kateter ini adalah :

1๏ธโƒฃ Penukaran secara berkala. Penukaran secara berkala adalah perlu bagi mengelakkan komplikasi kepada pesakit seperti jangkitan dan sebagainya. Penukaran yang disyorkan adalah selama maximum 2 minggu untuk sekali penukaran.

2๏ธโƒฃ Kebersihan kawasan persekitaran dan kawasan alat sulit. Ini adalah penting kerana bagi mengelakkan tiub terdedah kepada jangkitan mikrob.

3๏ธโƒฃ Sentiasa memantau keadaan tiub dan cairan kencing. Tiub CBD ini adalah bersifat lutsinar dan cairan urine boleh dilihat menerusi tiub. Perubahan pada keadaan, warna dan bau kencing adalah tanda-tanda terdapat jangkitan pada sistem perkumuhan.

4๏ธโƒฃ Buang kencing yang terkumpul. Setiap tiub yang dipasang akan disertakan dengan beg khas bagi menyalurkan kencing. Segera membuang kencing jika beg kencing sudah hampir penuh kerana ia boleh meningkatkan risiko jangkitan.

5๏ธโƒฃ Sukat pengeluaran kencing. Adalah amat penting untuk memantau dengan menyukat jumlah kencing yang keluar dengan menyukat menerusi bag bagi menilai jumlah cecair yang masuk kedalam badan dan yang keluar daripada badan.

6๏ธโƒฃ Elakkan daripada menarik tiub. Untuk makluman, di hujung tiub terdapat satu โ€œcuff balloonโ€ yang akan dikembangkan dan sangkut dalam pundi kencing bagi mengelakan tiub tercabut dari kawasan yang sepatutnya.

7๏ธโƒฃ Jangan menukar tiub sendiri. Walaupun prosedur ini tampak mudah, ia nya boleh menyebabkan trauma pada saluran urinari dan jangkitan kerana tidak menggunakan peralatan suci hama dan teknik steril yang betul.

8๏ธโƒฃ Makan ubat seperti yang di arahkan. Selain bergantung kepada penggunaan tiub bagi mengeluarkan kencing, ubatan yang telah di preskripkan perlulah di ambil bagi membantu prognosis pemyakit yang di hadapi.

9๏ธโƒฃDatang segera ke klinik kesihatan ataupun hospital bagi mendapatkan pemeriksaan dan rawatan jika berlaku sesuatu kerosakan pada struktur tiub, keadaan alat sulit, keadaan kencing dan sebagainya.

๐Ÿ”Ÿ Makanan-makanan yang berkhasiat dan tinggi dengan serat. Ia dapat membantu prognosis pesakit di samping melancarkan sistem perkumuhan.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Ikuti kami:
    Hubungi
    ยฉ2025 rawatanrumah.com - All rights reserved