3 Pengetahuan Asas Penjagaan Warga Emas

Secara umumnya kita mengetahui warga emas mempunyai banyak ragam, dan ini bukanlah suatu perkara yang remeh kerana ramai di kalangan penjaga yang mengalami tekanan kerana tiada kemahiran dalam asas penjagaan warga emas.

Mempunyai pengetahuan asas penjagaan warga emas perlu dimiliki oleh penjaga warga emas supaya dapat memberikan perkhidmatan yang selaras dengan keperluan dan kehendak warga emas tersebut.

Apa pengetahuan yang perlu anda ada ?

1️⃣ Pengetahuan mengenai permasalah kesihatan

Memastikan seseorang penjaga itu memahami dan dapat memberikan respon segera sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini.

Pengetahuan kesihatan ini merangkumi jenis :
✅ Penyakit
✅ Ubat-ubatan yang diambil serta kesan sampingan ubat tersebut
✅ Tempat rawatan dan pakar-pakar perubatan yang merawat warga emas

2️⃣ Pengetahuan tentang perubahan diri warga emas

Ramai di kalangan penjaga yang gagal mendapat keserasian dengan warga emas yang dijaga.

Salah satu sebabnya ialah, mereka tidak memahami perubahan diri seseorang warga emas seperti :
✅ Kemampuan kognitif
✅ Kecergasan fizikal
✅ Kestabilan emosi

Justeru, penjaga perlu fahami dan belajar tentang perubahan-perubahan yang akan berlaku dan sedang dialami oleh warga emas.

3️⃣ Pengetahuan pengurusan warga emas

Dalam aspek ini, penjaga perlu sedar bahawa terdapat banyak isu pengurusan yang perlu ditangani oleh penjaga warga emas.

Isu-isu tersebut mencakupi pengurusan :
✅ Kewangan
✅ Pengurusan harta
✅ Pengurusan kesihatan warga emas.

Kesemua perkara tersebut perlu difahami dan boleh dipelajari sama ada melalui pembacaan, perkongsian pengalaman mahupun mendapatkan khidmat nasihat secara professional.

Oleh itu, penjaga tidak perlu malu untuk berkongsi pengalaman atau permasalahan mereka dan mendapatkan bantuan dari orang lain.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Ikuti kami:
    Hubungi
    ©2023 rawatanrumah.com - All rights reserved