Bincang Dengan Ibu Bapa Anda Tentang Ubatan Mereka

Anak-anak mempunyai tanggungjawab dalam memastikan kesihatan ibu bapa mereka terutamanya yang telah uzur dijaga dengan baik.

Ibu bapa yang masih aktif dan mampu menguruskan diri, juga masih memerlukan bantuan untuk mengambil ubat-ubatan secara selamat dan betul.

Bincang dengan ibu bapa anda tentang ubat-ubatan mereka. Ambil tahu:

▪️Apakah ubat yang diambil dan tujuan pengambilan ubat tersebut.
▪️Berapa kerap ubat berkenaan perlu diambil dan bagaimana cara pengambilannya?
▪️Apakah pendapat ibu bapa anda tentang keberkesanan ubat yang diambil, contohnya, adakah ia mengurangkan penyakit yang dihadapi.
▪️Adakah mereka mengalami masalah seperti kerap terjatuh, pening, mengantuk atau kurang selera makan sejak mengambil ubat.
▪️Sekiranya mereka mempunyai masalah mengambil ubat, seperti terlupa dos, sukar mengenal pasti ubat contohnya, perbezaan bentuk ubat, atau mengalami kesan sampingan ubat yang kurang menyenangkan.
▪️Sekiranya mereka merasakan telah mendapat maklumat dan arahan yang mencukupi berkenaan cara pengambilan ubat.

Sekiranya ibu bapa anda mempunyai masalah penglihatan atau bermasalah membaca label ubat, bincang dengan ahli farmasi.

Penggunaan kod warna pada botol ubat dan kod warna yang sama pada carta arahan pengambilan ubat boleh membantu warga emas. Sarankan juga kepada mereka supaya meminta ahli farmasi melabel ubat dengan cetakan tulisan yang lebih besar.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Ikuti kami:
    Hubungi
    ©2023 rawatanrumah.com - All rights reserved