Masalah Yang Sering Terjadi Ketika Memakai Tiub Kencing

Pundi kencing kita mempunyai kapasiti sebanyak 300 โ€“ 500 ml. Disebabkan keupayaan penyimpanan yang terhad, kita perlu ke tandas untuk membuang air sebanyak 6 hingga 10 kali dalam masa 24 jam.

Walau bagaimanapun, ada pesakit yang mengalami masalah untuk membuang air disebabkan penyakit atau kecederaan pada kawasan saluran urinari.

Oleh sebab itu, pesakit ini memilih untuk melakukan pemasangan tiub kencing untuk memudahkan mereka membuang air kecil.

Namun sering terjadi masalah ketika memakai tiub kencing ini, iaitu :

1๏ธโƒฃ Sekiranya air kencing tidak mengalir dalam tiub

Apa yang boleh dilakukan adalah :
โ–ช๏ธPeriksa sama ada tiub tersepit atau terpintal
โ–ช๏ธPesakit mungkin terduduk atau terbaring atas tiub
โ–ช๏ธPastikan beg kencing berada di paras bawah pundi

2๏ธโƒฃ Sekiranya tiub terkeluar atau bocor

Apa yang boleh dilakukan adalah :
โ–ช๏ธLetakkan tuala di bawah pesakit untuk melindungi perabot/tilam.
โ–ช๏ธJangan cuba memasukkan tiub semula (kecuali pesakit/penjaga telah diajar). Sila dapat bantuan daripada anggota kesihatan.
โ–ช๏ธPerhatikan untuk tanda kebocoran seperti tiada penambahan dalam jumlah air kencing dalam beg atau tiada kencing dalam beg selepas 6-8 jam atau tilam/ pakaian pesakit basah dengan air kencing.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Ikuti kami:
    Hubungi
    ยฉ2023 rawatanrumah.com - All rights reserved