Risiko Mengalami UTI Disebabkan Tiub Urin

Masalah utama yang berlaku disebabkan pemakaian tiub kencing adalah jangkitan pada kawasan uretra, pundi kencing ataupun buah pinggang.

Jangkitan ini turut dikenali sebagai jangkitan saluran kencing atau UTI (urinary tract infections). Selalunya, jangkitan ini perlu diubati dengan antibiotik.

Pesakit boleh mendapat UTI setelah menggunakan tiub kencing secara jangka pendek atau jangka panjang. Walau bagaimanapun, tiub kencing yang digunakan dalam jangka masa yang panjang lebih berisiko untuk mendatangkan jangkitan.

Pengguna tib kencing perlu menjaganya dengan baik. Selain itu, ia juga perlu dimasukkan dengan betul dan digunakan hanya dalam jangka masa tertentu.

Selain UTI, tiub urin juga boleh menyebabkan pelbagai masalah lain seperti sakit pada kawasan abdomen, kebocoran atau halangan urin dan kerosakan pada kawasan uretra.

Jika dipakai dengan betul, pesakit yang memakai tiub urin boleh hidup dengan normal seperti orang lain.

Beg kencing tersebut juga boleh disorokkan di bawah baju dan pesakit masih boleh bekerja, bersenam dan berenang walaupun dengan pemakaian tiub kencing.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Ikuti kami:
    Hubungi
    ©2023 rawatanrumah.com - All rights reserved