3 Cara Membantu Warga Emas Untuk Elak Dari Jatuh

Penjaga tidak boleh memandang ringan keseriusan akibat jatuh walaupun ia kelihatan tidak mencerderakan warga emas pada mulanya.

Sebab-sebab untuk membawa warga emas untuk berjumpa dengan doktor termasuklah:

1️⃣ Hilang kesedaran, mungkin singkat, sebelum atau selepas kejatuhan
2️⃣ Sebarang kecederaan
3️⃣ Kesakitan kuat atau berterusan
4️⃣ Pening atau sakit kepala
5️⃣ Loya atau muntah-muntah
6️⃣ Sebarang kelemahan
7️⃣ Sebarang masalah penglihatan

Tanda-tanda di atas boleh muncul pada bila-bila masa selepas kejatuhan. Adalah penting bagi penjaga untuk memaklumkan kepada doktor tentang keadaan jatuh supaya doktor boleh menilai dan menentukan sama ada kejatuhan adalah dikaitkan dengan penyakit, ubat yang diberi oleh doktor, ubat yang dibeli melalui kaunter atau faktor-faktor lain.

Bagaimana penjaga boleh membantu warga emas untuk mengelakkan kejatuhan pada masa depan?

▪️ Memastikan persekitaran yang selamat
Penjaga perlu memeriksa persekitaran untuk mengetahui sama ada terdapat apa-apa bahaya jatuh dan pengubahsuaian yang mudah boleh dilakukan untuk mencegah kejatuhan pada masa depan,.

▪️ Memakai kasut yang sesuai
Penjaga perlu memastikan bahawa warga emas memakai kasut yang sesuai untuk mengurangkan risiko jatuh.

▪️ Membantu warga emas untuk merancang bagaimana untuk mendapatkan bantuan jika mereka mengalami kejatuhan pada masa depan dan berkongsi rancangan itu dengan ahli keluarga dan jiran-jiran mereka.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Ikuti kami:
    Hubungi
    ©2023 rawatanrumah.com - All rights reserved