Cara Membantu Seseorang Yang Dalam Kesakitan

Hidup dengan kesakitan adalah sesuatu keadaan yang boleh mematahkan semangat, melemahkan dan menimbulkan rasa tersisih.

Sekiranya ada ahli keluarga atau kenalan anda yang hidup dengan kesakitan, terdapat beberapa cara yang anda boleh lakukan untuk membantu mereka.

Langkah pertama ialah dengan memahami apa yang mereka alami, tanya mereka apa yang mereka perlukan, dan berikan mereka sokongan fizikal dan emosi.

Anda boleh BANTU ahli keluarga atau kenalan anda yang hidup dengan kesakitan dengan :

▪️ BANTU mereka menerangkan simptom kesakitan mereka, termasuklah bagaimana rasa kesakitan tersebut dan tunjukkan di mana bahagian tubuh yang sakit.

▪️ BANTU dan galakkan mereka menerangkan kepada doktor simptom dan tahap kesakitan mereka dan sertai kumpulan sokongan pesakit @ penjaga.

▪️BANTU mereka dengan memahami pelan pengurusan kesakitan mereka, dan pastikan mereka mengambil ubat mengikut jadual dan pada dos yang ditetapkan. Berbincanglah dengan mereka tentang keperluan fizikal, emosi, dan sosial mereka, dan tanyakan mereka bagaimana anda dapat membantu dalam menambah baik keadaan tersebut supaya mereka dapat mengekalkan kualiti kehidupan yang baik.

▪️ BANTU mereka jika mereka perlukan alat sokongan berjalan atau alat sokongan pergerakan tangan (splint), dan pastikan keadaan persekitaran kehidupan dan pekerjaan mereka lebih selesa dan selamat.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Ikuti kami:
    Hubungi
    ©2023 rawatanrumah.com - All rights reserved