Bagaimana Cara Terbaik Berkomunikasi Dengan Pesakit Strok Yang Mempunyai Afasia?

Pertama sekali, ahli keluarga/ penjaga dan orang ramai perlu memahami bahawa strok boleh memberi kesan kepada komunikasi bagi mereka yang mengalaminya. Individu yang mengalami strok sering dikaitkan dengan masalah tidak boleh bercakap selepas strok.

Afasia selalunya menyembunyikan pemikiran, idea, personaliti dan kepandaian seseorang, walaupun semua ini masih ada di dalam diri seseorang.

Pesakit afasia mungkin akan mengalami satu atau lebih masalah samada dalam memahami bahasa atau/ dan menggunakan bahasa dalam bentuk pertuturan serta masalah dalam membaca dan menulis.

Afasia juga mungkin akan menjejaskan sedikit daya ingatan seseorang.

Bagaimana Cara Terbaik Berkomunikasi dengan Pesakit Strok yang Mempunyai Afasia?

1๏ธโƒฃ Perkara yang anda boleh lakukan untuk membantu seseorang yang mengalami afasia
โ–ช๏ธKurangkan atau hapuskan gangguan bising/ cari tempat yang sunyi untuk berbual. Contohnya tutup tv/radio.
โ–ช๏ธDapatkan perhatian mereka sebelum bercakap dan lihat muka mereka ketika berkomunikasi.
โ–ช๏ธHanya seorang yang bercakap pada satu-satu masa.
โ–ช๏ธBerkomunikasi dengan cara orang dewasa bukan cara kebudak-budakkan.
โ–ช๏ธDuduk berhadapan/bertentangan dengan pesakit.

2๏ธโƒฃ Membantu individu yang mengalami afasia dalam memahami pertuturan
โ–ช๏ธBeri hanya satu maklumat pada satu masa.
โ–ช๏ธBeri banyak masa untuk mereka faham apa yang anda cakap.
โ–ช๏ธBercakap dengan menggunakan ayat yang pendek dan mudah.
โ–ช๏ธGuna kadar pertuturan yang perlahan.
โ–ช๏ธGuna isyarat badan dan ekspresi muka untuk membantu mesej anda difahami.
โ–ช๏ธGuna tulisan dan lukisan untuk menyokong apa yang anda cakap.
โ–ช๏ธGuna soalan ya/tidak. Contohnya โ€œAyah nak makan nasi?โ€ daripada โ€œAyah nak makan apa?โ€

3๏ธโƒฃ Membantu individu yang mengalami afasia dalam menyampaikan mesej/kehendak mereka
โ–ช๏ธBeri masa untuk mereka luahkan apa yang mereka rasa.
โ–ช๏ธGalakkan mereka menggunakan cara lain untuk membantu komunikasi (isyarat badan, penulisan atau lukisan).
โ–ช๏ธLihat pada ekspresi muka dan fahami ekspresi muka mereka.
โ–ช๏ธJika perbualan itu membuat mereka rasa kecewa, berhenti dan berbual balik tentang perkara itu kemudian.
โ–ช๏ธBawa gambar yang biasa dilihat, majalah kegemaran, barang atau gambar yang mereka suka untuk berbual tentangnya.
โ–ช๏ธTunggu respon mereka untuk memberi jawapan setelah soalan diajukan kepada mereka dengan sabar

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Ikuti kami:
    Hubungi
    ยฉ2025 rawatanrumah.com - All rights reserved