Delirium Di Kalangan Warga Emas Mungkin Mengambil Masa Agak Lama Untuk Pulih

Kebiasaannya warga emas akan secara perlahan-lahan mengalami masalah hilang ingatan yang dipanggil nyanyuk oleh masyarakat kita. Di dalam istilah perubatan ia dipanggil sebagai dementia.

Ia biasanya berlaku di kalangan orang-orang yang berumur 75 tahun ke atas dan memakan masa beberapa tahun. Perangai mereka akan menjadi seperti kanak-kanak kadang kala. Namun waris hendaklah bersabar dan kenang jasa mereka kepada anda.

Tetapi dementia adalah sesuatu yg berkembang perlahan. Delirium pula adalah perubahan tahap kesedaran diri atau sikap, hilang kemampuan menumpukan perhatian serta kecelaruan pemikiran yang berlaku secara TIBA-TIBA.

Hari sebelumnya orangnya elok sahaja tetapi hari ini tiba-tiba berlaku perubahan di atas. Ini adalah delerium. Ia adalah merupakan keadaan kecemasan.

‘Delirium’, mungkin di kelirukan dengan penyakit mental yang lain seperti dimensia, penyakit kemurungan dan penyakit psikosis.

Tanda-tanda yang utama ‘delirium’ adalah:

▪️ Rasa mengantuk/ ingatan melayang di mana paras kesedaran yang berubah-ubah
▪️ Keliru terhadap masa, tempat dan orang
▪️ Hilang tumpuan
▪️ Sukar mengingati peristiwa yang baru berlaku

Tanda-tanda lain termasuk perubahan tingkah laku seperti menjadi resah dan ganas; tanda-tanda psikotik termasuk halusinasi dan delusi (kepercayaan yang pelik dan tidak munasabah); perubahan emosi dan juga gangguan tidur. ‘Delirium’di kalangan warga emas, mungkin akan mengambil masa yang agak lama untuk pulih.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Ikuti kami:
    Hubungi
    ©2023 rawatanrumah.com - All rights reserved