Tip Menjaga Ibu Bapa Yang Setiap Anak Harus Tahu

Orang kata, mak ayah boleh jaga 10 orang anak, TAPI 10 orang anak belum tentu mampu menjaga mak ayah, tambah-tambah lagi yang sudah lanjut usia.

Bila kali terakhir anda pulang menjengah ibu bapa? Bila pula kali terakhir anda menemani mereka membuat pemeriksaan kesihatan berkala? Atau berapa kerap anda luangkan masa melakukan aktiviti bersama mereka?

Bukan wang ringgit yang diminta, tetapi perhatian daripada anak-anak. Sebagai anak, apa yang perlu anda lakukan untuk menggembirakan hati mereka ?

1️⃣ Sesibuk mana pun anda sebagai seorang anak, cuba luangkan masa dengan ibu ayah anda. Ambil masa untuk berkongsi cerita dan bergurau senda. Cuba penuhi waktu makan, makan ubat atau ketika membersihkan mereka dengan gelak ketawa.

2️⃣ Berikan kata-kata semangat sewaktu mereka tidak sihat, sentiasa tersenyum dan jangan biarkan mereka fikir kehadiran mereka membebankan kita.

3️⃣ Bawa ibu bapa beriadah di taman, belikan buku-buku kegemaran dan sekali sekala bawalah mereka bercuti. Penuhkan masa dengan pelbagai aktiviti yang digemari mak ayah yang sesuai dengan keadaan mereka.

4️⃣ Bagi anak yang bekerja, anda mungkin boleh menghantar ibu bapa ke pusat jagaan harian sementara anda keluar bekerja. Sekurang-kurangnya mereka tidak bosan bersendirian dirumah dan boleh sertai ceramah agama, bertukar cerita dan ilmu.

5️⃣ Hulurkan duit belanja dan pastikan keperluan mereka mencukupi. Sediakan bilik khas dan pastikan bilik tidur serta rumah kemas.

6️⃣ Jangan jadikan ibu ayah kita seerti orang gaji, bantu kemas rumah dan masak.

7️⃣ Sediakan makanan berkhasiat yang sesuai dengan mereka. Semakin berusia, mereka perlukan keperluan kalsium mencukupi untuk kesihatan tulang.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Ikuti kami:
    Hubungi
    ©2023 rawatanrumah.com - All rights reserved