Jenis-Jenis Alat Bantuan Berjalan

Kebolehan berjalan dapat membantu seseorang untuk melaksanakan aktiviti seharian dan seterusnya menikmati kualiti hidup yang optima.

Antara masalah berjalan yang berlaku dengan peningkatan usia adalah seperti kehilangan keupayaan anggota badan, kemerosotan daya ketahanan fisikal, penurunan tahap koordinasi motor serta pengurangan kelenturan dan kekuatan otot.

Akibatnya, pergerakan menjadi terhad dan aktiviti yang memerlukan keseimbangan badan menjadi lebih rumit. Risiko jatuh juga bertambah.

Alat bantuan berjalan boleh digunakan untuk :

✅ Mengurangkan daya dan tenaga yang diperlukan semasa berjalan
✅ Membantu meningkatkan keseimbangan badan dan mengurangkan risiko untuk jatuh
✅ Mengurangkan beban ke atas kaki yang lemah atau tercedera
✅ Mengurangkan kesakitan
✅ Membantu berjalan untuk mereka yang kehilangan sebelah anggota bawah badan

Terdapat banyak jenis alat bantuan berjalan yang dapat membantu warga emas atau seseorang yang mempunyai masalah berjalan. Berikut merupakan di antara alat bantuan yang biasa digunakan :

1️⃣ Rangka untuk berjalan (biasa/ jenis selang-seli (resiprokal))
2️⃣ Rangka untuk berjalan dengan roda di hadapan (rolator)
3️⃣ Tongkat berkaki tiga/empat
4️⃣ Tongkat kayu atau rotan
5️⃣ Tongkat bawah ketiak/lengan/siku

Alat bantuan berjalan bertindak dengan menyokong sebahagian daripada berat badan menerusi sebelah atau kedua-dua belah anggota atas badan semasa berjalan. Ia memberi isyarat sentuhan (sensori) untuk meningkatkan keseimbangan badan. Kestabilan seseorang juga dapat dipertingkatkan dengan penambahan kepada keluasan tapak sokongan.

Kerusi roda hanya dicadangkan kepada individu yang tidak boleh berjalan dengan selamat walaupun dengan penggunaan alat bantuan berjalan.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Ikuti kami:
    Hubungi
    ©2023 rawatanrumah.com - All rights reserved