Pemilihan Alat Bantuan Berjalan

Alat bantuan berjalan mungkin diperlukan untuk sementara waktu ataupun untuk jangka panjang. Walau apapun tempoh penggunaan alat bantuan berjalan, penilaian secara individu adalah penting untuk memilih, mengukur serta memadankan alat bantuan ini kepada individu tersebut.

Faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan semasa pemilihan alat bantuan berjalan adalah tahap kesihatan, umur, saiz badan, tahap keselesaan, kesenangan pengunaan peralatan, kestabilan dan keselamatan.

Pemilihan alat bantuan berjalan adalah seperti berikut :

1️⃣ Tongkat
▪️ Hanya memberi sokongan terhadap 15-20% berat badan pengguna.
▪️ Berkaki tunggal.
▪️ Sesuai untuk digunakan oleh pengguna yang menghadapi masalah keseimbangan badan yang ringan atau seseorang yang mengalami kesakitan di sendi pinggul atau lutut.
▪️ Dipegang di sebelah bertentangan dengan sendi anggota yang mengalami kesakitan.
▪️ Tongkat digerakkan ke depan seiring dengan penghayunan kaki yang mengalami kesakitan.

2️⃣ Tongkat Berkaki tiga/empat
▪️ Fungsinya adalah sama seperti tongkat tetapi ia dapat memberi tahap kestabilan yang lebih tinggi dengan adanya tapak sokongan yang lebih luas. (3/4 kaki)

3️⃣ Tongkat Lain

👉 Tongkat Bawah Ketiak (Aksila)
▪️ Memberi sokongan penuh terhadap berat badan pengguna. Ia jarang diguna dikalangan warga emas kerana memerlukan kekuatan tangan. Ia juga boleh meningkatkan risiko kecederaan saraf di bawah ketiak.
▪️ Dapat menyalurkan daya secara horizontal (terdapat pautan pada 2 tempat iaitu tangan dan lengan atas).
▪️ Pengguna diingatkan supaya tidak menekan ketiaknya pada hujung atas tongkat (boleh menyebabkan kecederaan pada salur darah atau saraf).
▪️ Digunakan semasa seseorang itu tidak dapat menampung berat badan dengan sepenuhnya (masalah sebelah atau kedua-dua belah anggota bawah badan)
▪️ Sesuai bagi kegunaan sementara waktu (contohnya selepas mengalami patah tulang kaki)

👉 Tongkat Lengan/Siku
▪️ Dapat menyalurkan daya secara horizontal (tempat pautan – tangan & lengan bawah).
▪️ Alas tongkat lengan/siku adalah lebih rendah berbanding dengan tongkat ketiak.
▪️ Lebih ringan.
▪️ Sesuai untuk digunakan oleh golongan yang aktif tetapi mengalami kelemahan pada anggota bawah badan (semua pengguna tongkat axial/lengan/siku memerlukan anggota atas badan yang kuat)

4️⃣ Rangka untuk bantuan berjalan (‘Walking Frame’)
▪️ Boleh menyokong penuh salah satu anggota bawah badan pengguna tetapi tidak boleh menyokong keseluruhan berat badannya.
▪️ Lebih stabil dari penggunaan tongkat (masih memerlukan penggunaan kedua-dua anggota atas badan tetapi tidak banyak memerlukan kekuatan anggota atas badan atau keseimbangan seperti mana dalam penggunaan tongkat).

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Ikuti kami:
    Hubungi
    ©2023 rawatanrumah.com - All rights reserved