Mengenali Diri Sebagai Penjaga Warga Emas

Adalah menjadi kewajipan setiap individu untuk melindungi dan menjaga ahli keluarga yang sudah tua, sebagai penghargaan terhadap jasa dan bakti mereka yang tidak ternilai terhadap kita.

Sebagai penjaga, anda perlulah :

1️⃣ Menjaga kesihatan diri sendiri dari segi fizikal, mental dan sosial.

2️⃣ Mendapat bantuan bagi penjagaan :
👉 ketahui tahap keupayaan diri
👉 sertai kumpulan sokongan untuk penjaga
👉 dapatkan jagaan sementara (respite care)

3️⃣ Melibatkan semua ahli keluarga dalam penjagaan. Pengendalian dari segi :
👉 Masa iaitu perhatian kepada masalah mengikut kepentingan
👉 Penglibatan orang lain dalam penjagaan
👉 Mempelajari cara-cara mengatasi tekanan mental
👉 Kegiatan seharian

Dalam merancang penjagaan bagi warga emas, penjaga harus beri perhatian kepada:

▪️Kehidupan sosial yang berterusan
▪️Kewangan yang mencukupi
▪️Persekitaran fizikal yang memudahkan penjagaan
▪️Kesihatan (senaman, rehat, permakanan, tidur) yang baik
▪️Masa untuk rehat yang mencukupi seperti mendapatkan jagaan sementara

Sebagai seorang penjaga juga, anda perlu memahami dan dapat memenuhi keperluan orang yang dijaga. Anda juga perlu menjadi teman, pelindung dan pembela dan Memberi penjagaan secara langsung.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Ikuti kami:
    Hubungi
    ©2023 rawatanrumah.com - All rights reserved