Sunyi Penyebab Kemurungan Warga Emas

Kesunyian sekiranya tidak dicegah dan dirawat boleh membawa kepada kemurungan yang serius, penurunan daya tahan jangkitan penyakit, kemerosotan kognitif dan masalah kesihatan mental.

Lazimnya warga emas akan menunjukkan tanda-tanda yang mereka sedang kesunyian seperti tidak mahu makan, tidur tidak lena dan mula menjadi pendiam.

Ada juga orang tua menjadi pelupa atau sering berasa bimbang menyebabkan anak menyangka mereka menghadapi masalah nyanyuk atau demensia. Namun selepas bertemu pakar kesihatan mental ia sebenarnya hanyalah kesunyian.

Terdapat beberapa tanda anda boleh awasi yang menunjukkan ibu bapa anda sedang kesunyian, iaitu :

1️⃣ Perubahan mood secara tiba-tiba
2️⃣ Kesukaran kognitif
3️⃣ Sukar tidur atau Insomnia
4️⃣ Keletihan
5️⃣ Menyendiri
6️⃣ Tidak melakukan perkara yang disukai
7️⃣ Selalu sakit
8️⃣ Tiada selera makan
9️⃣ Rasa bimbang yang berlarutan

Oleh itu, sangat penting untuk anak peka dengan perubahan awal yang berlaku kepada ibu bapa.

Dengan cara meluangkan lebih banyak masa bersama ibu bapa dan mendengar luahan atau masalah yang mengganggu fikiran mereka dapat mengurangkan rasa sunyi itu.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Ikuti kami:
    Hubungi
    ©2023 rawatanrumah.com - All rights reserved