Kenapa Ibu Ayah Hilang Selera Makan ?

Apabila usia meningkat 60 tahun ke atas, kebiasaannya golongan warga emas berhadapan masalah hilang selera makan. Jika makan pun,hanya dalam kuantiti yang sedikit.

Hal ini sebenarnya bukanlah sesuatu yang sihat kerana ia menyebabkan warga emas menghadapi masalah kekurangan nutrisi atau malnutrisi. Selera makan yang menurun akan membuatkan orang tua kehilangan berat badan dan ia tidak baik untuk kesihatan. Apabila berat badan menurun ia akan membawa kepada masalah kesihatan yang lain.

Sebab hilang selera makan :

1️⃣ Gangguan kesihatan
Antara gangguan kesihatan yang menjadi penyebab hilang selera makan seperti masalah pada gigi, lidah serta kekurangan air liur yang menyebabkan proses pencernaan tidak berjalan lancar.

Selain itu, angin, gerakan usus yang berkurang, gangguan psikologi dan penyakit -penyakit seperti darah tinggi, jantung, diabetes, buah pinggang, strok dan kanser juga menyebabkan penurunan nafsu makan.

Ini kerana rawatan dan ubat-ubatan akan menurunkan kemampuan bau dan rasa, serta proses mengunyah. Ini membuatkan ibu ayah cepat merasa kenyang. Akibatnya, selera makan semakin berkurang.

Selain itu keadaan gigi yang semakin goyang atau tiada juga membuatkan orang tua tidak kuat lagi mengunyah makanan yang keras. Sudah pasti nafsu makan juga menurun.

2️⃣ Makanan tidak sesuai
Kehilangan nafsu makan juga berlaku apabila orang di sekeliling atau penjaga tidak mengambil perhatian jenis makanan yang mereka sediakan untuk orang tua. Mungkin makanan tidak sesuai dengan keadaan gigi dan pencernaan menyebabkan selera makan terbantut.

Mungkin makanannya terlalu keras susah untuk dikunyah, terlalu manis, atau terlalu pedas, sehingga golongan ini tidak boleh menikmatinya.

3️⃣ Makan bersendirian
Pernah tak anda rasa sangat sunyi apabila tiada orang di rumah. Ia bukan sahaja mengganggu psikologi malah selera makan. Kesunyian membuatkan anda terasa kenyang. Jika makan pun hanya sedikit sahaja. Ia kerap berlaku kepada ibu ayah yang hanya tinggal berdua di rumah. Jika anda perasan apabila anak-anak atau cucu pulang barulah ibu ayah akan makan dalam jumlah yang banyak.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Ikuti kami:
    Hubungi
    ©2025 rawatanrumah.com - All rights reserved