Pastikan Warga Emas Mendapat Nutrisi Yang Mencukupi

Penurunan selera makan akan menyebabkan munculnya masalah kesihatan yang lain. Apabila kurang makan, ia menyebabkan badan kekurangan serat sekaligus menyebabkan sembelit. Jika berterusan ia akan menyebabkan buasir dan kanser usus.

Kekurangan kalsium pula akan menyebabkan osteoporosis mudah menyerang mereka.

Orang tua yang kurang bergerak, akan menyebabkan mereka tidak berasa haus. Ia turut berlaku kepada mereka yang mengalami Alzheimer. Jika keadaan ini berterusan dalam jangka waktu panjang, dikhuatiri akan menyebabkan mereka mengalami dehidrasi.

Bagi memastikan warga emas mendapat nutrisi mencukupi, beberapa perkara mengenai pemakanan harus diberikan perhatian. Antaranya :

▪️ Makanan kaya nutrisi
Sangat penting memberikan makanan yang kaya dengan zat mengikut piramid makanan.

▪️ Gunakan herba dan rempah
Jika ibu bapa tidak mahu makan, sebagai penjaga harus bijak menggunakan herba dan rempah. Aroma rempah akan membangkitkan selera.

▪️ Sediakan snek sihat
Jangan ingat hanya kanak-kanak atau orang muda sahaja penggemar snek. Sebenarnya warga emas juga mungkin teringin untuk merasai sedikit snek terutama selepas waktu makan.

▪️ Lihat tabiat pemakanan
Ketika makan perhatikan jenis makanan yang mereka sukai. Ia sangat penting agar makanan itu dapat diberikan secara lebih kerap bagi menambah selera makan mereka.

▪️ Makan sebelum minum air
Pastikan anda memberikan hidangan utama kepada orang tua terlebih dahulu. Kemudian berikan minuman sebagai cara meningkatkan selera makan.

▪️ Bersenam
Lakukan senaman ringkas seperti berjalan pada waktu pagi atau membuat regangan di bilik. Ia turut membantu ibu bapa anda kembali berselera makan.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Ikuti kami:
    Hubungi
    ©2023 rawatanrumah.com - All rights reserved