Kenali Tanda Awal Demensia

Nyanyuk atau demensia sering dikaitkan dengan mereka yang sudah berusia 60 tahun ke atas atau pada usia emas. Tetapi jangan terkejut sekiranya ada yang sudah menunjukkan tanda-tanda awal demensia ketika usia mencecah 40-an ke atas.

Demensia berlaku apabila individu mengalami penurunan fungsi otak termasuk fungsi kognitif membabitkan kemampuan daya ingatan, berbahasa, komunikasi, tumpuan, perilaku, hubungan sosial dan fizikal.

Antara gejala awal demensia ialah :

1️⃣ Gangguan daya ingatan
Demensia pada peringkat awal ditunjukkan dengan gejala, sering lupa pada perkara yang baru berlaku atau memori jangka pendek seperti lupa di mana letaknya barang, terlupa tempat parkir dan terlupa mengenai janji yang sudah dibuat.

2️⃣ Sukar berfikir
Disebabkan kemampuan berfikir semakin merosot ia menyebabkan kehidupan menjadi sukar kerana mereka mudah tertekan kerana perlu berfikir.

3️⃣ Sukar bercakap dengan jelas dan lancar
Pesakit sukar untuk memilih perkataan yang sesuai. Ini menyebabkan mereka kurang lancar bercakap dan tergagap atau mengulang perkataan sama kerana pesakit asyik berfikir untuk menyambungkan ayat.

4️⃣ Perubahan personaliti
Perubahan ini disebabkan otak kekurangan sel-sel neuron yang menjadi sebahagian kepada fungsi untuk berfikir. Perubahan sikap pula bergantung kepada bahagian otak yang merosot. Apabila ini berlaku ia menyebabkan personaliti mereka berubah.

5️⃣ Tekanan perasaan
Perasaan dan emosi juga dikawal dari otak. Otak yang sihat akan sentiasa membuat pemiliknya positif dan bersemangat. Sebaliknya pada mereka yang mempunyai masalah otak seperti nyanyuk akan mengalami tekanan perasan, sukar mengawal emosi dan mudah tertekan.

6️⃣ Pergerakan semakin merosot
Mereka yang mengalami demensia akan melakukan pergerakan seperti mana penyakit Parkinson dan Lewy Body. Ini menyebabkan pergerakan yang selalunya mudah menjadi semakin sukar.

7️⃣ Terlupa meletak barang
Gejala awal yang sering berlaku adalah terlupa di mana mereka meletakkan sesuatu barang. Akhirnya ada yang mula menuduh orang lain mencuri atau menyembunyikan barang tersebut padahal mereka meletakkan barang di tempat yang salah.

8️⃣ Masalah mengenali wajah atau gambar
Salah satu masalah demensia ialah sukar mengingati wajah, nama dan gambar. Mereka juga sukar mengingati tempat dan masa. Ini kerana memori otak tidak dapat menyimpan maklumat ini dengan sempurna sehingga menyebabkan mereka tidak dapat mengingati wajah orang yang pernah mereka temui.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Ikuti kami:
    Hubungi
    ©2023 rawatanrumah.com - All rights reserved