
Pengabaian warga emas pada zaman sains dan teknologi ini tidak seharusnya berlaku. Ini kerana terdapat banyak rumah penjagaan orang tua di bandar yang menyediakan penjagaan terbaik meliputi faktor fizikal dan emosi.
Sebagai anak biarpun tidak dapat menjaga ibu bapa sepenuhnya dengan meletakkan ibu bapa di rumah penjagaan orang tua yang betul adalah satu usaha merapatkan hubungan kasih sayang sekaligus menjadikan mereka sentiasa sihat, ceria dan gembira.
Antara kemahiran penting dalam penjagaan warga emas adalah :
1️⃣ Pengetahuan mengenai masalah kesihatan
Mengetahui serba sedikit mengenai kesihatan adalah sangat penting agar penjaga dapat memberikan respon segera sekiranya berlaku kecemasan ke atas warga emas.
2️⃣ Pengetahuan mengenai perubahan emosi
Penjaga perlu memahami dan belajar mengenai perubahan yang berlaku dan sedang dialami warga emas agar mereka mudah mengendalikannya.
3️⃣ Pengetahuan pengurusan secara am
Sebagai penjaga banyak aspek pengurusan yang perlu diberi perhatian antaranya kewangan dan kesihatan warga emas. Semua maklumat ini boleh dipelajari menerusi pengalaman penjaga yang lain, melalui pembacaan atau latihan.
4️⃣ Sabar
Mempunyai sifat-sifat mulia dan terpuji dapat membantu penjaga bertenang dalam mengharungi cabaran menjaga warga emas.
5️⃣ Kemahiran melayan
Kemahiran ini termasuk cara bercakap, bahasa tubuh, mimik muka dan sentuhan yang akan membuatkan warga emas rasa selesa dan selamat.
6️⃣ Kemahiran berkomunikasi
Salah satu kemahiran penting yang sangat diperlukan adalah kemahiran bercerita dan mendengar. Sebagai pendengar yang baik penjaga perlulah memberi tumpuan terhadap perkara yang disampaikan oleh warga emas.
7️⃣ Bersikap empati
Mempunyai rasa empati juga bermakna penjaga perlu peka terhadap sebarang situasi yang dihadapi warga emas dan bertindak mengikut kesesuaian dalam memberikan bantuan dan jagaan.