Jangkitan Yang Kerap Terjadi Dikalnagan Warga Emas

Penyakit berjangkit sememangnya boleh berlaku kepada semua golongan termasuklah warga emas. Namun, warga emas lebih mudah untuk mendapat jangkitan berbanding individu dewasa yang masih belum berada dalam fasa penuaan.

Terdapat banyak faktor yang menyebabkan warga emas mudah untuk mendapat sesuatu jangkitan. Antaranya ialah :

✅ Tahap sistem imun yang semakin menurun
✅ Perubahan fungsi tubuh
✅ Komplikasi penyakit kronik
✅ Tekanan fizikal dan mental
✅ Faktor pemakanan dan lain-lain lagi

Dalam pelbagai jangkitan yang boleh berlaku, ini adalah 5 jenis jangkitan yang paling kerap terjadi dalam kalangan warga emas :

1️⃣ Influenza atau flu
Penyakit influenza atau flu mungkin tidak memberi kesan yang serius kepada mereka yang mempunyai sistem imun yang kuat. Namun, bagi warga emas, ia boleh membawa maut apatah lagi jika mereka sedang menghidap penyakit kronik seperti pneumonia.

2️⃣ Pneumonia bakteria
Pneumonia juga dikenali sebagai penyakit radang paru-paru dan ia boleh berpunca daripada jangkitan bakteria. Antara faktor yang menyebabkan warga emas mudah dijangkiti pneumonia adalah perubahan pada kapasiti paru-paru, pendedahan kepada penyakit berjangkit dan lebih mudah terkesan akibat komplikasi penyakit lain.

3️⃣ Jangkitan saluran kencing (UTI)
Jangkitan saluran kencing atau UTI adalah antara contoh penyakit berjangkit yang biasa berlaku dalam kalangan warga emas. Bagi warga emas yang mempunyai penyakit kronik seperti diabetes, risiko mereka untuk mendapat jangkitan UTI menjadi lebih tinggi.

4️⃣ Jangkitan pada kulit
Secara umumnya, terdapat pelbagai jenis jangkitan kulit yang boleh berlaku kepada warga emas. Antara punca jangkitan kulit mudah berlaku adalah disebabkan faktor keupayaan tubuh untuk melawan jangkitan dan kemampuan untuk sembuh setelah mendapat jangkitan.

5️⃣ Jangkitan gastrousus
Apabila seseorang individu tersebut semakin berusia, akan berlaku perubahan pada sistem penghadaman dan gastrousus. Ini menjadikan golongan warga emas lebih mudah untuk mendapat jangkitan pada gastrousus mereka.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Ikuti kami:
    Hubungi
    ©2023 rawatanrumah.com - All rights reserved