Mempreskripsikan Ubat Meminikan Kesalahan

Penggunaan ubat yang sesuai di kalangan warga emas akan meningkatkan kualiti hidup mereka di samping mengurangkan ketidakupayaan akibat penyakit.

Walaubagaimanapun, rawatan penyakit di kalangan warga emas adalah satu cabaran kerana ia melibatkan pesakit, pemberi ubat dan ubat-ubatan itu sendiri. Seperti yang telah dinyatakan, mempreskripsi ubat kepada warga emas adalah sesuatu yang rumit dan mencabar.

Bukan mudah kepada para doktor untuk sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai ubat-ubat baru, apatah lagi menghafal semua nama ubat-ubat baru tersebut.

Matlamat mempreskripsi ubat kepada warga emas adalah untuk meminimakan kesilapan. Berikut adalah langkah preskripsi ubat yang betul melalui prinsip “primum non-nocere” atau “jangan membahayakan pesakit”:

1️⃣ Penilaian pesakit dibuat secara teliti dan menyeluruh sebelum rawatan diputuskan.

2️⃣ Kepenggunaan rawatan secara bukan ubat (non pharmacological).

3️⃣ Mengetahui farmakologi ubat-ubat.

4️⃣ Sejarah ubat-ubatan diketahui dengan teliti dan cuba elakkan polifarmasi dengan regimen ubat seringkas yang boleh.

5️⃣ Mengelakkan ubat-ubat yang berpotensi untuk berinteraksi dan menghasilkan kesan buruk.

6️⃣ Menggunakan dos yang yang kecil, ubahsuai atau tambahkan dosnya sedikit demi sedikit. dos permulaan rendah kemudian dipertingkatkan perlahan-lahan, ubahsuai sewajarnya sehingga sampai kematlamat yang dimahukan. “Start low and go slow – titrate and reach there!”

7️⃣ Semak pengambilan ubat secara berkala :
👉 Elak pengulangan preskripsi automatik /meneruskan preskripsi yang sama berulang-ulang .
👉 Awasi sekiranya ada ubat daripada sumber lain contoh: ubat beli sendiri di kedai (Over The Counter – OTC)
👉 Berhati-hati dengan ubat-ubatan yang diperolehi daripada doktor-doktor yang berlainan
👉 Jangan gunakan ubat untuk merawat kesan sampingan sesuatu ubat yang lain
👉 Adakah terdapat ubat yang boleh dihentikan atau ditukarkan untuk memperoleh ubat yang lebih selamat?
👉 Semak label dan ubat setiap lawatan
👉 Gunakan kad ubat
👉 Lupuskan semua ubat lama
👉 Uji tahap kandungan ubat dalam darah
👉 Beri juga arahan kepada ahli keluarga pesakit
👉 Pastikan pesakit juga tahu ubat yang mana boleh menyebabkan kesan sampingan dan menyembuhkan penyakit

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Ikuti kami:
    Hubungi
    ©2023 rawatanrumah.com - All rights reserved