Makanan Yang Termasuk Ke Dalam Paru-Paru Boleh Menyebabkan Jangkitan

Menelan menjadi susah bila makanan tidak bergerak secara normal dari mulut ke perut. Susah menelan mungkin sementara dan pulih tanpa rawatan, atau mungkin disebabkan oleh penyakit.

Sebahagian proses menelan adalah di bawah kawalan seseorang (voluntary) and sebahagiannya di luar kesedaran seseorang warga emas (involuntary).

Tanda dan gejala susah menelan dikalangan warga emas adalah :

1️⃣ Sesetengah warga emas menghadapi masalah menelan makanan pepejal dan cecair dari permulaan terutamanya di kalangan pesakit strok.

2️⃣ Warga emas dengan masalah susah menelan mungkin mengeluarkan makanan melalui mulut atau hidung terutamanya semasa mereka berbaring pada waktu malam.

3️⃣ Makanan mungkin termasuk (aspirate) ke dalam saluran pernafasan (trachea), lalu mengakibatkan batuk. Makanan yang termasuk ke dalam saluran pernafasan boleh mengakibatkan jangkitan paru-paru (aspiration pneumonia).

4️⃣ Ada juga pesakit yang menghadapi masalah susah menelan makanan pepejal contohnya roti dan daging. Selepas makan, mereka mungkin berasa bahawa terdapat ketulan pada kerongkong dan mereka mungkin perlu menelan beberapa kali sebelum makanan terasa turun ke bawah. Seterusnya, proses menelan cecair mungkin menjadi semakin sukar.

5️⃣ Bergantung kepada punca masalah susah menelan, warga emas mungkin mengalami gejala yang berlainan.

Makanan yang termasuk ke dalam paru-paru boleh mengakibatkan jangkitan paru-paru dan mungkin menjadi serius jika rawatan awal tidak diberi.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Ikuti kami:
    Hubungi
    ©2023 rawatanrumah.com - All rights reserved