Rawatan Masalah Menelan Bagi Warga Emas

Masalah menelan boleh menjejaskan kualiti kehidupan kepada warga emas dan berisiko tinggi untuk mendapat masalah jangkitan paru-paru. Ianya boleh mengancam nyawa jika tidak dirawat dengan betul.

Pengendalian masalah menelan harus bertujuan memudahkan warga emas agar dapat menelan makanan dengan selamat.

Antara rawatan yang boleh dilakukan adalah :

1️⃣ Rawatan memberi tumpuan bagi membantu warga emas untuk menelan dengan selamat terutamanya untuk mencegah makanan dari termasuk ke dalam saluran pernafasan (aspiration) dan seterusnya merawat punca penyakit.

2️⃣ Rawatan yang berkesan membolehkan pesakit memakan pelbagai jenis makanan yang mencukupi untuk mendapat zat yang seimbang dan mencukupi.

3️⃣ Kadang-kala, langkah mudah sahaja perlu untuk rawatan, seperti mengunyah makanan dengan berhati-hati, minum sedikit air semasa makan, duduk tegak semasa makan, makanan dalam bentuk tertentu seperti sup pekat berkrim atau buah-buahan yang dihancurkan mungkin lebih senang ditelan.

4️⃣ Penggunaan alat bantuan pemakanan yang sesuai mungkin membantu, seperti mengguna penyedut atau sudu yang kecil boleh menghadkan amaun makanan yang diletakkan ke dalam mulut dan amaun yang sedikit senang ditelan.

5️⃣ Jika punca masalah ialah penyakit yang menjejaskan otot atau saraf yang terlibat dalam proses menelan, pakar pertuturan mungkin boleh mencadangkan senaman untuk menguatkan otot atau meningkatkan koordinasi dan teknik yang boleh digunakan semasa makan.

6️⃣ Kadang-kala, pembedahan mungkin perlu, contohnya, bila punca masalah adalah disebabkan sekatan oleh ketumbuhan atau tekanan dari luar oleh kelenjar tiroid yang membengkak.

Jika seseorang warga emas mengalami masalah susah menelan secara berterusan, mereka mungkin kehilangan berat badan, menjadi kurang zat makan dan kekontangan.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Ikuti kami:
    Hubungi
    ©2023 rawatanrumah.com - All rights reserved