Ada Ahli Keluarga Anda Terkena Strok?

Menjaga pesakit strok atau angin ahmar, memerlukan penjagaan rapi. Ini kerana kebiasaannya pesakit tidak dapat menguruskan diri sendiri dan hanya memerlukan bantuan orang lain. Strok terjadi disebabkan bekalan darah ke otak terputus sekaligus menyebabkan kematian tisu-tisu otak.

Oleh kerana pesakit strok akan hilang keupayaan untuk bergerak atau menguruskan diri, justeru pesakit memerlukan bantuan orang lain.

Antara perkara yang perlu diberi perhatian ialah :

1️⃣ Penjagaan pemakanan pesakit
Pemakanan adalah aspek terpenting dalam penjagaan pesakit strok. Pastikan pesakit strok mengambil diet seimbang dan pelbagai agar dapat memenuhi keperluan nutrien harian mereka.

2️⃣ Ubat-ubatan pesakit
Selain aspek pemakanan, pengambilan ubat-ubatan adalah aspek penting dalam penjagaan pesakit strok. Apabila berjumpa doktor, pastikan anda maklum mengenai jenis ubat yang diberikan, waktu pengambilan, dos dan juga tanda-tanda kesan sampingan ubat-ubat yang diambil.

3️⃣ Susun atur rumah
Persekitaran tempat tinggal pesakit strok seharusnya mesra pengguna. Oleh itu rumah harus diubahsuai bagi mempermudahkan pergerakan semua orang di dalam rumah khususnya untuk pesakit strok dan juga penjaga yang menguruskannya.

4️⃣ Sokongan mental dan emosi
Selain sokongan fizikal, sokongan mental dan emosi juga perlu diberikan kepada mereka. Tambahan lagi, jika anda seorang penjaga, pastikan emosi dan kesihatan mental anda juga berada dalam keadaan yang baik.

5️⃣ Lakukan riadah bersama keluarga
Riadah antara aktiviti yang bagus untuk pesakit strok kerana ia membantu mereka dalam menjalani proses pemulihan.

6️⃣ Dapatkan bantuan penjagaan
Di bandar tidak semua anak-anak mampu menjaga ibu bapa yang menghidap strok. Ada anak yang bekerja dan tidak dapat berhenti kerja untuk menjaga ibu ayah yang sedang sakit. Oleh itu adalah sangat penting mereka mencari penjaga, jururawat dan terapi bagi membantu menjaga ibu bapa mereka.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Ikuti kami:
    Hubungi
    ©2025 rawatanrumah.com - All rights reserved