Apa itu Bedsores (Kudis Tekanan)?

Ada tak diantara ahli keluarga anda berada di atas katil terlampau lama kerana sakit lumpuh dan tidak boleh bangun, dan kulitnya mengalami luka-luka dan kudis? Ini mungkin salah satu kesan daripada Bedsores.
Bedsores juga dikenali sebagai tekanan ulser dan dekubitus ulser yang merupakan kecederaan kepada kulit dan tisu asas yang berpunca daripada tekanan yang berpanjangan pada kulit. Kebiasaan bedsores akan terjadi pada kulit yang menyaluti kawasan tulang seperti tumit, pergelangan kaki, pinggang dan tulang pinggul.
Bedsores ini nama lainnya juga adalah pressure ulcer dan decubitus ulcer. Kudis tekanan ini sering berlaku pada golongan orang tua dan ini boleh menyebabkan keadaan yang lebih serius berlaku. Antara golongan yang berisiko untuk mengalami kudis tekanan ini ialah:
๐Orang tua
๐Kurang pergerakan
๐Baring atau duduk terlalu lama di atas katil atau kerusi roda
๐Tidak dapat menggerakkan sebahagian anggota badan tanpa bantuan orang lain
๐Mempunyai kulit yang nipis dan mudah luka
๐Menghidap kencing manis
๐Masalah pengaliran darah
๐Kurang pengambilan nutrisi
Bedsores boleh terbentuk dengan pantas. Kebanyakan luka akan sembuh dengan rawatan, tetapi ada sebahagian luka yang tidak akan sembuh sepenuhnya. Anda boleh mengambil langkah-langkah untuk membantu mencegah Bedsores dan bantuan penyembuhan.
๐ Perlukan bantuan berkaitan pengurusan kesihatan dan rawatan klinikal di rumah?
Dapatkan rawatan daripada pasukan kami yang berpengalaman untuk pemeriksaan mengikut keperluan pesakit.
๐ Perkhidmatan hanya di sekitar Johor Bahru.
๐ Hubungi kami hari ini untuk mendapatkan maklumat lanjut atau membuat temu janji.






