6 Langkah Kena Buat Jika Luka, Halang Jangkitan Makin Parah

Walaupun sudah berhati-hati, kadang-kadang kita tidak dapat mengelak dari risiko terkena luka. Nampak kecil, tapi sebenarnya luka perlu penjagaan teliti bagi mengelak komplikasi yang lebih serius.

Luka yang tidak dijaga dengan betul boleh menyebabkan jangkitan dan sekaligus menyebabkan masalah kesihatan lebih besar seperti luka bernanah, kemerah-merahan dan bengkak. Ini cara jaga luka semua orang wajib tahu.

1.Cuci luka guna air mengalir
Air mengalir penting ketika mencuci luka untuk mengurangkan risiko bakteria berbanding air bertakung.

2. Gunakan sabun yang lembut untuk mencuci luka
Sabun dengan nilai pH yang tinggi boleh memberi kesan negatif seperti mengeringkan kulit.

3. Tukarkan dressing apabila perlu
Dressing yang lama mungkin menjadi tempat pengumpulan kuman, adalah dinasihatkan untuk sentiasa menukar dressing setiap hari.

4. Ubat sapu perlu digunakan dengan nasihat doktor
Sebarang ubat-ubatan perlu mendapatkan nasihat doktor bagi mendapatkan kesan optimum dan mengurangkan risiko alahan dan masalah kesihatan lain.

5. Elak sentuh bahagian luka dengan tangan
Tangan walaupun kelihatan bersih tapi mempunyai risiko jangkitan jika tidak dicuci dengan sempurna.

6. Mandi tanpa melindungi bahagian luka
Air paip, syampu, sabun mandi dan persekitaran bilik air yang lembap berisiko menjangkitkan kuman pada luka.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Ikuti kami:
    Hubungi
    ©2023 rawatanrumah.com - All rights reserved